Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jul 23, 2013

Terima kasih sudi komen.

Salam ramadhan.

Hai blogger sekalian. Dah lama sangat aku abaikan belog ni. Sampaikan aku sendiri pun ingat ingat lupa kata kunci belog ni. Haha ayat sekema. Last aku menekan papan kekunci pun awal tahun 2013. Ini dah masuk bulan 7. Alahai lama aku tak menaip. Kalau appointment dentist pun 6 bulan sekali tahu?

Sementara menunggu azan isya maka moleklah aku menekan nekan papan kekunci tab ni. Tak ada apa yang hendak dikongsikan. Semua cerita dan gosip banyak engko boleh baca kat belog superb yang lain. Aku cuma nak tiup semangat ramadhan untuk blog ni.

Cumanya aku harap ramadhan kali ni bukan ramadhan terakhir. Sama jugak macam harapan yang engko dengo bebudak lain ucap. Apapun terima kasih sudi jenguk sesaat then engko kelik butang tutup. And maaf jugak lama sangat tak menulis. Ini pun sebab ada blogger Tedi yang komeng. Ada la semangat skek. Kalo engko nak tahu sape Tedi tu engko carikla nama dia kat komen entri aku sebelum ni. sori aku cuma tahu dia blogger je. Femes ke tak aku tak tahu. Sori ya.

Alhamdulillah ada jugak yang sudi baca belog usang daif aku ni. Tenkiu.

Eh dah azan tu.

Yok !

Jan 25, 2013

Bestnya Sambut Maulud Nabi kat Hostel !

Salam Maulud Nabi.

Ingat tak zaman sekolah dolu dolu ? Bagi yang bertapa di asrama mereka diwajibkan untuk sertai perarakan Maulidul Rasul. Ya setiap tahun aku dan kawan kawan bertungkus lumus menyiapkan sepanduk secantik alam untuk dibawa berarak keesokannya. Ramai yang membantu ramai jugak lah yang jadi batu. Macam aku. Haha.

Lepas tu berpakat dengan kawan kawan nak pakai baju kurung warna apa. Biru lah merah lah hijau lah. At last, pakai ikut sedap hati sebabnya tak semua ada warna baju yang dicadangkan. Cis beriya. Dek tidur lewat malam sebelumnya, hah aku dengan beberapa kawan yang sebulu mulalah liat nak bangun awal. Yang lain dah siap sembur sembur perfume habis sebotol, kami pulak baru nak gonyoh gonyoh mata cari towel.

Haish kenangan kenangan.

kenangan. Tapi ni bukan sekolah aku.
 Part yang paling best bila berkumpul ramai ramai nak start berarak. Galau hati tengok budak lelaki segak bersampin. Alahai indahnya ciptaan tuhan. Kalau boleh nak berarak depan sekali sambil fuhh fuhh tudung. Terpesong sungguh niat kau. Lepas tu kami sama sama berarak sambil berselawat sampailah ke dewan. Alhamdulillah.

Hah ! Yang ni memang aku failed. Ceramah. Kalau tak tidur, aku nyembang, kalau tak nyembang... Apalagi lari senyap senyap la masuk hostel ! Ape ke teruk perangai kau Yunz.

Sekarang ni dah bertahun aku tinggalkan hidup di asrama. Rindu nak dengar ceramah, rindu nak dengar tazkirah. Rindu ! Sumpah rindu.

Betul lah kata ustaz aku, 'nanti awak dah hidup di dunia luar, awak pasti rindukan situasi ini' :'(

Hah tu lah masa kat sekolah nakal, sekarang baru tergewd gewd nak insap. Puih.

Jan 21, 2013

Dilema Cewek

Holla.

Angan aku yang konon nya mahu selalu menaip entri tidak kesampaian. Janji Ditepati. Bukan mahu ku canang parti konvensi. Aku belum layak mengundi. Kononnya. Ah apa aku melalut kini.

Aku punya komitmen. Aku tinggal di gua. Yang jauh dari rangkaian dunia. Banyak juga yang belum terkata dan terluah. Aku punya cerita untuk dikongsi bersama. Walau tiada yang membaca, ku peduli apa.

Aku punya rasa. Rasa macam muda mudi lain yang dah naik segala bulu yang ada untuk berkahwen. Haip ! Tak bermakna tu tandanya aku dah meghela. Cuma aku ni kesian kat orang tua yang tunggu cucu dari anak sulung mereka. Haha !

Tapi aku belum bersedia. Aku si dara yang masih mahu berjimba. Masih mahu bersosial sementara tiada dia. Err.. siapa ? Future husband la. Siapa ? Mana la ku tahu. Cepuk lelaju >,<
Matang? Siapa kata aku belom matang ? Ngaku ngaku !

Cuma aku perlu persiapkan diri aku. Tanggungjawab besaq tuh. Aku yang tak bekerja ni pun adik adik da demand macam macam. Alahai dikkk. Ni belum kahwin lagi. Mana nak layan suami, mana nak layan famili, mana nak layan anak anak nanti. Ok stop it. Kelaut dah.

famili sempurna. adess

Aku cuma mampu pesan untuk gades gades kat luar sana yang zone dilemma macam aku ni, 

"cuci mata habes habes dulu, once u ready just say Mak ! saya nak kawen !"