Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

May 30, 2011

Love Confusion

jejaka solo dan gades sunyi..

Era penghujung bulan Mei.. bukan zaman kejatuhan sesiapa. jikalau ada masakan ku tahu kerna mindaku tak seaktif dahulu. bukan bermaksud aku kaku. keliru dengan identiti dan personaliti peribadi. ah. apa yang ku carutkan. sudah sudah.

Kamu sedang bercinta bukan.? YA. aku tolong jawabkan. aku sudah tau pasti ada antara kamu yang terbayang buah hati sekarang ini kan. :) wewettt.. haha. andai kamu dan pasanganmu sedang bergadoh, pasti dalam hati kamu sedang bersedih. ya kan? ouh friends..u can lean on my shoulder. :) baek kan.

Biasalah adat bercinta. macam makan aiskrim coklat. manes sangat tapi makin lama rasa muak. ::bagi aku:: bukan aku nak bandingkan percintaan korang yang hebat dengan coklat. TIDAK. aku pasti ada yang kata bercinta lagi maness n ada juga kata semanes coklat walaupun muak tetap tak menyakitkan hati. rileks kawan.

Dalam bercinta mesti ada suka duka. ya bila kamu sedang bergumbira. semua indah. tak perlu diceritakan di sini kerna pasti kamu ingat setiap detak masa bersama si dia. :) bagi kamu yang terluka dan berduka. "arghhhhh!!" ku tau andai diberi ruang untuk kamu lampiaskan rasa hatimu..jeritan itu yang kamu lakukan kan? di kala itu pasti kamu merasa keliru dengan cinta yang kamu miliki.

HAHA.

Ketawa itu sebenarnya untuk menutup rasa hati mu kan kawan. tidak mengapa. teruskan ketawa seandainya kamu berduka. gila kan bunyinya.namun, kamu tak kan tunjuk kan kelemahan kamu. ketawa itu lebih bagus.
ketawa sepuasnya. itu lebih bahagia.

"ah! aku benci kau..tapi aku cintakan kau"
"benci.benci.benci."
"kenapa kau buat aku macam ni..aku cintakan kau"

Inilah antara perkataan yang sering berlegar dalam pemikirin dikala kamu dan pasanganmu bergaduh. bila kamu bergadoh kamu benci si dia. kala kamu gembira tak terlintas sedikit pun perkataan itu kan. biasalah. manusia. hatinya sering berubah. begitu juga aku. cuma kita perlu ingatkan diri bahawa walau bagaimanapun si dia, kita yang memilih dia untuk menakluki hati kita.

notajari : aku akui aku juga kadang keliru dengan cintaku. =_='

May 27, 2011

Aku Pernah Derita

buat jejaka keliru dan gades malu malu..

khamis malam jumaat. indahnya malam pada hari tu. ehem. mula la tu nak pikiaq bukan bukan. ngeh2.

malam ni mood aku bercekelaru. dengan neuron yang berselirat tambah hotak aku menggila. konon pakar dalam perhubungan cinta. padahal diri sendiri tah tercampak ke mana.seyes.minda cepat saja arahkan transmiter tuliskan bait kata. "kau macam pakar yun".aku cuma mampu gelakkan diri saja.haha.

sumpah.eh bukan aku terikut dengan gaya sepul baukari.bukan. kawan. aku bukan pakar dalam percintaan. aku. aku pernah gagal dalam laluan setthan itu. ya. banyak kali. cuma aku tak putus asa. itu benar. aku belajar dari laluan setthan tu aku matang.mungkin. aku akui memang aku sukar di ubah. tapi ada aku kesah.  aku tak takut gagal. aku terus mengejar. niat aku cuma satu : BELAJAR :

kamu kamu dan kamu. tanyakan aku macam mana nak dapatkan jejaka dan gades impian. dan aku aku aku. cuma boleh lontarkan idea dan pengalaman lapok aku. memang aku ketawa sendirian. kerna aku pernah lalui dan gagal dalam laluan setthan itu. ya. tapi hakikat sebenar aku tak se arif itu. aku juga derita. kamu. apa yang aku lontarkan entah berguna entahkan tidak. maaf.

cuma. aku tetap sedia dengarkan cerita kamu kamu dan kamu. asalkan kamu tak derita seperti aku.

May 23, 2011

relationshit yang bullshit.

halu kawan. entri kali ni cuma nak luah ape yang kebanyakan kengkawan tokeyblog rasa.ehem..

the story begin..

kau mesti seronok berkepit kapel kan? yang dapat pasangan memahami tu memang syiok habis lah. tambah lak kalau pasangan kau ada pakej tambahan. memang bangga gila kalau kau dapat show off kat semua. kalau boleh kau nak kepit dia jangan bagi lepas. konon kau takut dia usha orang lain.padahal kau nak tunjuk eksyen dekat semua. kalau boleh kau nak menjerit kat whole world "he/she is mine!!".

bila pasangan kau yang howt tuh start bosan dengan kau.sanggup kau merayu meraban dekat dia. kau takut sangat kalau dia tinggalkan kau.maklumla. mana boleh nak lepas kapel sendiri kalau howt giler. padahal kau tak sedar muka kau macam puaka. tambah lak dengan perangai bullshit kau. kau cakap tak market lah aku nanti. belah! kau memang layak ditinggalkan. kau tak ikhlas langsung.

tapi kalau kau dapat pasangan yang kureng sikit. takda makna nya kau nak kepit dia sungguh sungguh. kau langsung tak bangga dengan dia. kalau boleh kau nak jalan jauh seela. bila pasangan kau tanya kenapa then kau jawab "tak manis la orang tengok". ceh. konon nak tunjuk baik la. padahal kalau belakang dia mula kau naik bulu.watahel kau buat macam tu.huh! tak respek langsung tokeyblog kat kau.

kau lelaki ke pompuan? huh!
bila pasangan kau merajuk ke terasa hati dengan kau. kau takda makna nak pujuk dia. siap cakap lagi. "g mam*** la kau" .weh..mentanglah pasangan kau tak da pakej yang kau nak.skeati kau jek nak layan dia macam tu kan?. hape kau ingat kau tu hensem/cantek sangat. lol! kau layak dapat yang shit macam perangai kau.

beb! kalau kau rasa kau nak berkapel semata mata nak show off, nak naik market, nak sakitkan hati orang..lebih baik kau duduk bertapa dalam hutan. sebab perangai kau memang menyusahkan orang lain. tokeyblog pun tak tau la hotak jenis hape kau ni. ingat. :: WHAT GOES AROUND COMES AROUND ::

ni memang hape yang tokeyblog tengah rasa sekarang. korang ?

May 17, 2011

dia bukan milikmu.

mood : terkenang - kenang
suasana : sepi

hai jejaka jambu dan gades santek.

entri kali ni tokeyblog nak cakap pasal jodoh. yup. orang selalu cakap "kalau ada jodoh kau dengan dia tak ke mana". " dah tertulis dekat luh mahfuz jodoh kau dengan dia.jangan risau" erm.. memang betul apa yang selalu orang-orang cakapkan. kadang kita terfikir dia kah jodoh yang dimaksudkan? dia kah yang akan menjadi pendamping setia kita.? kalau betul jodoh kita dengan si dia kenapa perlu ada perpisahan.

meh sini tokeyblog nak habaq. ehem..ehem. memang kita sayangkan dia. memang kita cintakan dia. tapi mungkin dia bukan yang terbaek untuk kita. kita tak nampak kebaikan yang terjadi pada masa sekarang. dan kita asyik salahkan diri sendiri atas perpisahan yang terjadi. tapi siapa tau kita akan dapat lebih hebat dari yang lepas. mungkin si dia bukan secantik / sehensem yang dulu. mana tau si dia yang sesempurna untuk melengkapi kelemahan kita.

sedap tokeyblog berbicara tanpa tahu perasaan dan hati orang yang terluka. haha. gelak seketika. semua orang pernah alaminya sayang. ya. bak kata penceramah yang tokeyblog dengar tadi. kalau betul-betul kita mahukan si dia jadi teman hidup kita. berdoalah selalu. agar tuhan jadikan kita dan si dia bersatu. amiin.pasti dia milikmu. tapi, andai tuhan tak makbulkan doa itu. bersyukurlah. kerana Dia tak akan sesekali menzalimi hambaNya.


notajari : orang yang sukakan kita memang ramai, tetapi orang yang nak menjaga kita sangat susah dicari.

May 8, 2011

apabila pasangan cemburu terlampau.

situasi : layan lagu paramore
mood : bengang + gelak

hai gades santek n jejaka cute.

"kita dah tak sehaluan sayang"
entri kali ni aku nak kongsi tentang hubungan cinta yang dipenuhi dengan rasa cemburu + jelez terlampau. semua benda yang korang buat semua partner korang nak tahu. semua nak soal. nak jadi stalker. kau pergi mana. kau buat apa. dengan siapa. kalau keluar dengan kawan, nak tau lelaki ke perempuan. konon berangin kalau korang keluar dengan berlawanan jantina dengan korang. lepas tu mula nak tarik muka muncung, konon marah. konon merajuk. si dia nak mintak kau pujuk dia. si dia ingat korang nak layan perangai bullshit yang kontrol terlebih. pehliizz.. hubungan baru setakat 'kapel' dah nak cemburu terlebih. kongkong terlebih. mungkin si dia beruntung kalau korang dapat bertahan dengan perangai pasangan korang tuh. bersyukur. tapi setakat mana langsung anda boleh bertahan kan ?

masing-masing de pesbuk, twiter. pastu kena bagitau paswed dekat pasangan korang. konon "tak kan ada sebarang rahsia antara kita sayang" blah.! langsung takda privasi. pastu bila korang balas komen dengan orang yang laen jantina dengan korang.. mula si dia nak sound direct kawan korang guna account korang. padahal mangsa ni sebijik hape pun tak niat pape. entah entah dia sendiri pun dah de pilihan hati sendiri. jangan nak wat shit sangat la. tak belajaar sivik ke kat sekolah dulu. huh!

jangan disebabkan perangai si dia yang "menjaga" korang terlebih wat si dia menyesal bila korang mula jauhkan diri daripada dia. har..masa tu jangan nak menangis melalak "u..jangan tinggalkan i. i janji i akan berubah" takda makna nya weh. mungkin sikap sabar korang dah melebihi garis danger zone. masa tu menyesal pun tak berguna.

dah kata cinta dah kata sayang.cuma kepercayaan dan kesetiaan yang diperlukan bagi jamin kebahagiaan pasangan. buruk mana pun pasangan tuh pasangan tersebut lebih mengetahui tentang kelebihan yang ada. n terpulang kepada individu macam mana nak jaga kepercayaan yang diberi. kalau betul masing - masing dah diciptakan antara satu sama lain, jauh mana pun berpisah tetap akan bersatu akhirnya.

notajari : belajar dari pengalaman diri dan keadaan sekeliling :)

cinta monyet.

situasi : sunyi. cuma desiran cooler laptop kedengaran.
mood : flashback waktu comot dulu.

bila usia menginjak remaja mula la budak nak gatai gatai try bercinta. ello. pehlizz.. baru bawah umur kan. tapi apa kan daya dah orang kata remaja memang suka cuba sesuatu yang baru. bercinta pun perkara yang baru bagi budak budak. orang kata dahaga kasih sayang laen jantina. mula la segala bulu naek gatai.

macam macam cara dicuba nak dapatkan pasangan cinta. konon konon dapat pakwa or makwa leh la bahagia sampai bila bila. nak belajar pun semangat bagai nak gila. kalau tulis sebaris nama si marka pun dah cukup bahagia. buku buku latihan buku teks penuh dengan nama si dia.alahai..angaunya rasa.

itu la orang kata bahana cinta monyet. kononnya itula cinta pandang pertama. haha. bila teringat balik lawaknya rasa. korang pun mesti ada pengalaman sebegitu rupa kan. jangan nak gebang kata takda. sebab tokeyblog tak kan percaya punya.

waktu era tokeyblog dulu henpon henpon ni masih belom ramai yang ada. so tradisi gayut dekat public fon berjam lamanya memang ada. utus utus surat jangan dikata. tengok kawan kawan dapat hadiah dari si marka hai jeleznya rasa. asal datang kelas je cadbury bawah meja. terdetik dalam aty" aku nak beli pun pikir dua tiga kali" maklumla dulu takda duit poket nak belanja. terpaksa berjimat berlapar dahaga.

sebenarnya dalam hati "bila aku nak dapat pakwa juga". haha. tu la yang tokeyblog rasa. jelez jangan dikata. tapi apakan daya rupa tak secantik mana. hanya bersyukur apa adanya. nampak jejaka tampan jejaka jambu mula nak mengada. naseb baek kawan paham perangai tokeyblog ni macam mana. haha. memang tergelak la rasa.

abang simen, abang lampu, abang public fon, semua tokeyblog mengaku "aku yang punya" . tak malunya rasa tapi tokeyblog saja ja. dengan muka gedix selamba wat dono je. kawan kawan ? gelak kan aja. haha. cuma rasa bahagia dapat tengok kawan ketawa. itu niat yang utama. :)

" bila la tiba masanya ? "  ..itu yang tokeyblog pikir masa tu.. >_<


notajari: kenangan  dulu memang bez gila ! saya tetap orang yang sama dengan perangai yang sama. sebab saya adalah saya :))

apabila si dia berubah hati..

hai gadis cantek dan jejaka tampan !

entah kenapa aku rasa macam nak kongsi apa yang dalam kepala hotak aku ni dengan korang semua. entri entri sebelum ni bukan aku tak kongsi tapi semua yang aku pikir macam di ikat dengan rantai besi supaya tak terluah dalam bait kata entri. cewah. ayat aku memang tak leh blah kan ? haha. tajuk entri tu takda kena mengena sangat pun..kuikuikui..

lepas ni apa yang aku rasa aku nak luah je. aku tak nak simpan lagi. korang kan kawan aku. kan kan kan ? baek ngaku kalau tak aku luku. haha. :P so korang la yang kena baca luahan aku. nak dengar suara aku yang merdu perlukan kredit yang banyak pulak kan.. so tak perlu membazir. korang baca je. baru dapat latih kornea tu jadik pantas gitu. euww!

now.. im a new me !