Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Oct 16, 2011

Antara Perkara Dilakukan Semasa Mencari Idea

Salam Sejahtera untuk Kamo J


Jenguk jenguk ke luar tingkap sambil usha mamat mamat hensem yang lalu lalang dikoridor. Minda ligat bekerja keras memaksa neuron neuron keluarkan idea yang menarik.

Argh..

Pandangan di halang pakaian yang menari nari di ampaian. Kembali mengadap skrin laptop.

Minda kosong.
Idea idea idea..

Berkerut dahi sambil memicit micit kepala. Lagak tak ubah seorang professor yang menyemak tugasan pelajarnya.Ceh. Bajet.

Idea tak muncul muncul.

Kembali memandang ke luar tingkap. Langit biru.
Damainya..

Tangan gapai air mineral. Otak perlukan oksigen. 
Ya mungkin sebab tu idea tak muncul.
Dem.

Idea idea.. cis. 
Semacam berzikir pulak duk sebut perkataan ‘idea’.

Yes yes yes..

Bagai ditarik tarik. Bagai diseru seru.

Cursor dihalakan pada butang pangkah.





BANTAL..

Itu lah idea terbaik.

notajari: itu yang selalu aku buat. haha

Oct 13, 2011

Lelaki Bergaji Rendah, Apa Isunya ?

Salam Sejahtera untuk kamo.

Hai adek manes dan abang masem sekalian. Macam mana hari yang ampa lalui. Apapun haku doakan yang terbaik buat ampa. 

Kali ni haku nak cherita pasal isu GAJI. Alah..duit. Duit. Duit. Haku tak nampak sebarang masalah apabila seseorang perempuan tu mempunyai sumber pendapatan yang lebih tinggi berbanding seseorang lelaki. Senang cherita macam nilah. Dalam sesebuah famili tu, gaji si suami lebih rendah berbanding si isteri. Bagi haku sebagai perempuan tak nampak isu tersebut satu masalah yang sangat besar. Tapi haku tak tau bagi pendapat lelaki pulak.

Mungkin kah si lelaki akan rasa ego dia jatuh apabila perempuan tu lagi banyak gaji daripada dia. Or mungkin lelaki rasa perempuan akan pandang rendah terhadap kemampuan dia. Takpun lelaki rasa dia tak sehebat perempuan tu.

Ouh man..
Kamon kamon.. 

Tidak sama sekali.

Setinggi mana pun jawatan perempuan. Sehebat mana pun perempuan tu belajar. Segah mana pun taraf hidup dia. Keturunan terhormat mana pun dia :


Si isteri tetap perlu taat kepada perintah suami selagi tidak melanggar hukum syarak.

Nampak tak kat situ. Nampak tak. So para lelaki tak perlu la nak rasa rendah diri ke tak hebat ke sebab ampa memang dicipta untuk menjadi pemimpin yang membimbing, melindungi dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehidupan keluarga.

Eh, apa kaitan dengan gaji pulak kan. Maksud yang aku nak sampaikan kat sini adalah ampa tak perlu rasa serba kekurangan dengan diri walaupun orang yang ampa sayang tu lagi hebat dari ampa. Ampa tetap orang yang kaum perempuan perlu hormati jika betul caranya.


notajari: Bila la nak kahwen.Haha.

Oct 9, 2011

Betul ke Si Dia Benar Serius

Salam Sejahtera untuk kamo :)

Apa khabar SAYANG sekalian. Ewah ewah. Kembang hidung ampa haku panggil sayang. Kali ni haku nak kongsi kat ampa yang; belum, sedang or akan menjalinkan perhubungan leplep gittew.

Ingat Sesangat
Semua benda yang berkaitan ampa dia ingat dan tahu sesangat. Apa yang ampa suka, tabiat pelik ampa even tarikh kucing ampa mati pun dia ingat. Nampak sangat dia seorang yang prihatin dan tak ambil mudah sesuatu perkara. Hebat kan. Har jangan dilepas pasangan tu, ikat dia dengan ketulusan kasih sayang ampa sekuatnya.

Orang Terawal dan Pertama
Katakan ampa sedang hadapi masalah or perkara yang menyedihkan, si dia merupakan orang pertama yang sanggup tadahkan telinga or hulurkan tangan untuk bantu ampa. Tak kira sesibuk mana dia or tengah malam buta sekalipun, si dia sanggup hadapi bersama dengan ampa. Even dia tak dapat tolong seperti yang ampa harapkan, sekurang kurangnya dia sudah ringankan beban dengan mendegar cherita ampa. Sebab ampa sangat istimewa kat hati dia. Barulah dikatakan susah senang bersama.

Teringat dan Terkenang kenang
Katakan ampa dan dia tak pernah berjauhan. Tup tup dia kena keluar outstation. Tapi dia tak pernah lupa tanya khabar ampa walaupun sehari. Sesibuk mana pun dia akan cuba curi masa untuk menghubungi ampa. Buah tangan jangan dikata, seguni khas untuk ampa sahaja. Masa tu jangan coba coba ragui si dia.

Pengkritik Tetap
Pengkritik ni boleh diibaratkan cermin pantulan diri ampa lah. Tapi setiap kritikan dia bukan untuk jatuhkan semangat ampa tapi sebolehnya dia nak majukan diri ampa. Jadikan ampa yang terbaik kat mata semua orang. Cuma terpulang kat ampa sama ada nak terima atau tak. Kalau dekat fesbuk pun dah berduyun duyun komen dia, nampak sangat lah dia memang admire kat ampa.

Luahkan yang Terpendam
Paham tak dengan statement kat atas. Maksudnya, kalau dulu dia selalu borak pasal kengkawan n keje, tapi kali ni dia sanggup kongsi dengan ampa perihal keluarga. Ingat! sang lelaki terutamanya bukan jenis yang suka buka masalah sendiri. Dan yang pasti sekarang si dia dah berani expose ampa dekat family. Har, get ready lah untuk ambil hati bakal keluarga anda.

Rencana Serius
Hah, ini dah betul betul serius. Si dia dah mula merencanakan masa depan hidup dia bersama ampa. Dan yang pasti ampa ada dalam list 'wajib buat' or 'mesti ada' si dia. Berbahagialah hendaknya sayang.


notajari : bila lah turn haku pulak

Oct 4, 2011

Kenapa Perlu Ada Klon Manusia

Salam sejahtera untuk kamo.


Maaf dah lama haku tak hapdet. Kepala hotak haku berselirat dengan wayar yang dah putus. Ampa ada kawan baik kan, tak pun kawan yang sekepala gila sejibik macam ampa. Dan suatu hari ampa dan dia terpisah. Ampa kat tempat lain dan depa kat tempat lain. Kompem sadis kan. Masa tu baru la terkeluar ayat ni
" takde orang lain yang serupa macam kawan aku dulu"

Masing masing teruskan jalan cherita hidup kat tempat baru. Jumpak orang baru, persekitaran baru n macam macam perangai manusia. Tapi ampa perasan tak, dalam ramai ramai tu mesti ada yang lebih kurang seiras.

"muka awak macam kawan saya lah"
"suara dia macam budak yang aku gaduh dulu lah"
"perangai awak sama macam bezfren saya lah"
"dari belakang awak serupa macam kawan saya lah"
"gaya dia sebijik macam budak yang aku benci lah"

Sedar tak sedar, terluah atau tak, ampa akan jumpa orang yang ampa sayang, suka, benci, menyampah n watsoeva. Jangan kata tak pernah berlaku. Bila ampa jumpa orang yang seiras ampa pernah terpikir tak hikmahnya.

'Allah temukan kita dengan orang lain yang seiras supaya kita tak lupa mereka yang pernah jadi sebahagian dari hidup kita.'

Macam yang pernah terjadi kat haku, kawan yang haku tak suka, kawan yang haku sayang n kawan yang haku tak pernah bertegur dulu wujud sekelip mata kat depan haku. Kira macam klon lah. Tapi tak semestinya klon yang kita jumpa ni sebijik sejiban macam kawan yang dulu. Hikmahnya, kita jangan pernah berprasangka n jangan pernah lupakan mereka.


notajari : ada tak yang gaya macam haku?