Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Mar 19, 2011

cinta ! makhluk apakah kamo ?

hallu boboy n gegurl! 


"aku chenta kamo ketat erat rapat"
" centhaku hanya untukmu"
"cintaimu sepenuh jiwa"

chenta..centha..cinta..

aish.. mesti kowang terpikir. yun ni buang tebiat ke hape kan? nak kata pantun bukan. sajak bukan. syair lagi la bukan. mamun kot tokey blog ni. untuk makluman anda..cewah. saya bukan berpuitis or what.. cuma curi sikit ayat ayat romantis kamu kepada pasangan kamu.. ececece.. senyum la tu. haha.

macam macam gaya ejaan cinta ni kan? kesian munsyi bahasa. patut kena selaraskan balik ejaan.haha. dah dah. ngarut. 

 siapa kat sini yang tak pernah terjebak dengan percintaan.?? sila angguk kepala anda. mustahil la kalau mengaku tak pernah langsung. bebudak tadika pun da pandai cintan cintun ni. haha. at least da la jugak sekali dua walaupun orang kata cinta monyet n cinta beruk kan. yela zaman bercinta semua indah. kentut bau petai pun kau cakap wangi bagai eau de parfum. ceh. 


renungkan phrase. betul kan?
kekadang ushar kapel kapel bahagia ni sampai timbul rasa cemburu pun ada.. maklumla tengok mereka- mereka yang meniti hari bahagia. saya ni bila la gamaknya. ok ok. sekarang bukan cerita sal tokey blog ni  k. pe motif anda anda bercinta ni. suka suka? saja saja? hobi terluang? mencari jodoh? jawapannya? tentu dalam kepala hutak anda sendiri. maap ye ni bukan soalan objektif.


ada yang bercinta seminggu, sebulan, setahun, sehari pun ada ! bertahun- tahun? kompem la ada kan.  pergh..lama kowang bersama yek. tak bosan ke?  nak tau jugak. maklumla tak pernah bercinta lama lama. nak la jugak mintak petua nya. macam mana nak bercinta? nak kena romantik ke? nak kena berpuitis jugak ke?nak kena msg n call hari hari ke? nak kena dedah sana sini ke? perlu peluk peluk ke? 


tapi andai kata kowang bercinta separuh mati ngan gegurl / boboy tu..tup tup berpisah..ish ish. kowang buat ape pulak ? merayu meroyan ke suruh pasangan stick with u? tak pun u all telan panadol banyak banyak cam telan kismis ke? tak pun u all cakap " tak heran.kau pergi aku ley cari ganti' ..kalau anda dalam golongan sedemikian sangat la bertuah ye. kompem kompem ramai peminat sebab tu tak kesah kalau sowang pergi.. maklumla ley dapat sepulo ganti yang lagi tiptop.


orang kata cinta tak perlu dicari. cinta akan datang sendiri. ceh. tak cari tak datang datang pun. huh! so, kepada para pencinta sekalian.tolong ajarkan tokey blog cara untuk bercinta. haha. seyes gelak guling sambil gelek gelek.


cinta ! ! ! saya bukan pengemis cinta juga bukan pemburu cinta. 


anda pula ?

Mar 13, 2011

surat untuk awak "baek kan saya".

awak..ingat tak masa mula-mula kita kenal dulu ? mesti la awak tak ingat kan..awak kan cepat lupa..even awak tua setahun dari saya tapi hakikatnya awak tetap tua..haha..ok2..saya serius. awak nak tau kenapa saya buang masa saya tulis surat ni untuk awak? mesti la awak tak tau kn? awak bukan nya ahlil nujum. ceh. saya pun tak tau kenapa saya buang masa wat mende alah nih. konon nak luah isi hati k0t. o0ps! sorila awak..saya bukan jiwang pun. tak romantik pun. saja nak pertingkatkan kemahiran saya tulis karangan..hahaha. xlawak pun.


awak..nape awak xnak kawan dengan saya lagi ? sedey tau wak..sebab saya kehilangan seorang kawan. even awak bukan la kawan yang baek.haha..tapi saya kesah..sebab saya kan baek..rugi tau awak kehilangan kawan sebaik saya..masa mula kenal dulu kita tak pernah tengok muka kan wak..tapi takpe..kita tetap kawan.. awak susah awk cari saya. awak sunyi awak cari saya jugak..aish ! awak ni takde kawan ke ? tulaa..sombong kot awak ni. naseb baek saya nak kawan dengan awak kan..baek kan saya.


awak..makin hari kita kawan kita makin rapat kan wak..saya sayang awak..awk sayang saya tak ? ape?? tak sayang! takpe wak.saya tak kesah..saya kan penyayang..sebab tu saya sayang semua orang..pelizz la..jangan perasan.saya bukan sayang awak sorang je. bila awak ada masalah awak cerita kat saya. even saya tak dapat nak tolong. sekurangnya saya jadi pendengar setia awak..kurangla beban awak kan.baek kan saya. tapi ada awak ucap terima kasih kat saya ? takde kan wak..awak ni tak belajar sivik eh dulu..ish.




awak..makin lama perangai awak tak selembut softlan dah..tapi takpe..saya tetap tahan.sebab saya kan selembut sutera. awak dah berani guna panggilan kasar dengan saya. sedeh sangat wak.. tapi takpe. saya tahan.sebab saya kan sekuat harimau. awak..kenapa awak suka maki saya.awak lepaskan semua amarah awak kat saya. ape ingat saya ni hati batu ke? tapi saya sabar je..baek kan saya..rugi awak tak nak kawan dengan saya.padan muka awak.


awak awak. semua orang kata saya gila sebab sanggup tahan dengan perangai awak. sumpah! saya tak gila. awak yang gila sebab maki orang tak tentu pasal..haha. awak memang gila. cuba awak pikir..kalau saya tak kawan dengan awak..sape nak kawan dengan orang gila macam awak kan? baek tak saya. awak.saya bukan nak puji diri sendiri..tak baek riak kan wak. saya bukan nak letak atau campak semua salah kat awak.
kita masing-masing ada kelemahan.maafkan saya.


awak..even awak tinggalkan saya..de saya kesah ? haha..memang saya kesah..tiga tahun wak saya tahan dengan perangai awak..mesti saya rindu nak dengar awak suara awak.sumpah! suara awak biasa jek. takde la sedap mana.saje je nak amik hati awak..baek kan saya. lepas ni mesti awak takde tempat nak lepaskan angin ahmar awak tu. tu la..sape suruh awak tak nak kawan dengan saya. nak jadi kawan saya tak? awak sakitkan hati saya tapi saya tetap ofer awak jadi kawan saya..baek kan saya.




awak..saya doakan awak dapat cari gadis yang tahan dengan perangai hot liau awak.. saya doakan awak bahagia dengan gadis tu. baek kan saya.. tetap doakan awak.senyum selalu yek.awak nampak tak hensem kalo tak senyum. ok lah awak. saya nak solat. awak jangan lupa solat tau. jangan lupa nasihat saya. even saya bukan siapa pada awak tapi saya saya tetap sayang awak. BAEK KAN SAYA!