Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Oct 9, 2011

Betul ke Si Dia Benar Serius

Salam Sejahtera untuk kamo :)

Apa khabar SAYANG sekalian. Ewah ewah. Kembang hidung ampa haku panggil sayang. Kali ni haku nak kongsi kat ampa yang; belum, sedang or akan menjalinkan perhubungan leplep gittew.

Ingat Sesangat
Semua benda yang berkaitan ampa dia ingat dan tahu sesangat. Apa yang ampa suka, tabiat pelik ampa even tarikh kucing ampa mati pun dia ingat. Nampak sangat dia seorang yang prihatin dan tak ambil mudah sesuatu perkara. Hebat kan. Har jangan dilepas pasangan tu, ikat dia dengan ketulusan kasih sayang ampa sekuatnya.

Orang Terawal dan Pertama
Katakan ampa sedang hadapi masalah or perkara yang menyedihkan, si dia merupakan orang pertama yang sanggup tadahkan telinga or hulurkan tangan untuk bantu ampa. Tak kira sesibuk mana dia or tengah malam buta sekalipun, si dia sanggup hadapi bersama dengan ampa. Even dia tak dapat tolong seperti yang ampa harapkan, sekurang kurangnya dia sudah ringankan beban dengan mendegar cherita ampa. Sebab ampa sangat istimewa kat hati dia. Barulah dikatakan susah senang bersama.

Teringat dan Terkenang kenang
Katakan ampa dan dia tak pernah berjauhan. Tup tup dia kena keluar outstation. Tapi dia tak pernah lupa tanya khabar ampa walaupun sehari. Sesibuk mana pun dia akan cuba curi masa untuk menghubungi ampa. Buah tangan jangan dikata, seguni khas untuk ampa sahaja. Masa tu jangan coba coba ragui si dia.

Pengkritik Tetap
Pengkritik ni boleh diibaratkan cermin pantulan diri ampa lah. Tapi setiap kritikan dia bukan untuk jatuhkan semangat ampa tapi sebolehnya dia nak majukan diri ampa. Jadikan ampa yang terbaik kat mata semua orang. Cuma terpulang kat ampa sama ada nak terima atau tak. Kalau dekat fesbuk pun dah berduyun duyun komen dia, nampak sangat lah dia memang admire kat ampa.

Luahkan yang Terpendam
Paham tak dengan statement kat atas. Maksudnya, kalau dulu dia selalu borak pasal kengkawan n keje, tapi kali ni dia sanggup kongsi dengan ampa perihal keluarga. Ingat! sang lelaki terutamanya bukan jenis yang suka buka masalah sendiri. Dan yang pasti sekarang si dia dah berani expose ampa dekat family. Har, get ready lah untuk ambil hati bakal keluarga anda.

Rencana Serius
Hah, ini dah betul betul serius. Si dia dah mula merencanakan masa depan hidup dia bersama ampa. Dan yang pasti ampa ada dalam list 'wajib buat' or 'mesti ada' si dia. Berbahagialah hendaknya sayang.


notajari : bila lah turn haku pulak

3 komen kam0o:

Pendamba Mawar said...

hurm..harap ada orang terima hati ni

yunZatie said...

kim : gua pun single dow

pendamba : same goes to me