Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Dec 28, 2011

"alhamdulillah, musibah musibah".

Salam Sejahtera untuk kamo.

Pertama sekali aku nak mintak maaf dekat kau orang semua sebab dah lama sangat tak hapdet. Maklum lah, kalau online pun sekadar menjengah seminit dua je pondok usang ni. Idea memang banyak berlegar berputar dalam kepala hotak ni, tapi bla bla bla bla bla...*ok banyak alasan.

So, kali ni nak sembang pasal apa pulak. Idea idea come to me..
SYUKUR. Kita cakap pasal syukur. Alah nak guna term arab sikit pun mula la kau buat buat mata kuyu. Cait.
Fine, dalam bahasa jawanya TERIMA KASIH.

Pernah kau bersyukur bila ada musibah jadi kat kau?
Bukan lah bila jadi something bad kau cakap "alhamdulillah, musibah musibah".
Tak ke gila orang cakap. Aiseh.
Maksud aku, mungkin hati kau terdetik macam ni "alhamdulillah, aku belajar sesuatu dari peristiwa tu"
Kita cakap dalam konteks hubungan dengan manusia.

Pernah?

Tak pun kau marah diri kau bila something bad terjadi. Keep blaming yourself. Kau hantok hantok kepala dekat dinding. Kau caci maki diri sendiri. Kau cederakan diri. Sigh. Kamon dear. Tak semua benda terindah yang kau bayangkan akan jadi realiti.

Kenapa aku cakap kau harus bersyukur ?
Ok, aku bagi contoh simple.
Salah satu benda yang kerapkali terjadi.
Kau suka gila dekat mamat/minah ni. Tapi kau tak mengaku pun kau suka or sayangkan dia padahal masing masing sayang each other. Tup tup entah sebab apa, lepas kau hang out dengan dia then terus dia senyap and jauhkan diri daripada kau. Sebulan lepas tu, kebetulan kau stalk fesbuk dia, tengok profile pitcha, gambar dia dengan awek baru. Lagi hot daripada kau.  Kompem menangis berguling kau kan. Pastu mulalah salahkan diri sendiri yang tak tahu mana salahnya.

Wait..wait..

Nampak tak something daripada musibah tu. Nampak tak ?
Fine fine aku explain.
Kau nampak tak yang dia pandang paras rupa. Waktu berkawan kemain lagi dia cakap tak pandang paras rupa lah, tak kisah gemok kurus tinggi rendah. Then bila dah jumpak terus sonyap har. So, nasihat aku, kau tak perlu nak kesal dengan kejadian tu tapi kau patut SYUKUR banyak banyak sebab jadi macam tu. 

Kenapa?

Sebab...dia tak sayangkan kau seikhlas hati. Dia tak boleh terima segala kekurangan yang ada dekat diri kau. So, kau patut bersyukur sebab tak teruskan hubungan dengan spesis manusia yang memilih and tak ikhlas dalam perhubungan. Bersyukur sebab kau tak diperbodohkan oleh perasaan palsu yang ada pada dia. Dan bersyukur jugak sebab kau dapat belajar sesuatu yang sangat berharga. So, SYUKUR dear..

Ikhlaskan hati, redha dan terima selapangnya. Sebab tiap sesuatu kejadian yang kau tak pinta tapi yang pasti ALLAH lebih Mengetahui. Dan segala yang kau capai hari ni, bukan milik kau tapi pinjaman. Kadang kala segala nikmat yang dikecapi kita alpa dan tak bersyukur. Bila hilang barulah kita mencari makna sebenar erti syukur. Bersyukurlah selalu.




notajari : Syukur Ya Allah..:) Terima Kasih Tuhan.

Dec 10, 2011

" Sweet gila awek tu TAPI juling la pulak "

Salam Sejahtera untuk kamo.

*maaf penggunaan kata KAU yang kasar




" Alahai muka dah hensem TAPI pendek "
" Minah tu muka cun seyh TAPI kering "
" Alah mamat tu jambu gila TAPI gemok la pulak "
" Sweet gila awek tu TAPI juling la pulak "

Perlu ke ada perkataan TAPI kat setiap ayat . Sebelum kau mengata orang lain lebih baik kau ambil cermin then letak depan muka dan perhati kekurangan yang kau ada. Bukan dia mintak lah nak jadi gemok, kurus, pendek, lonjong, sepet, juling, jongang, capit or pape lagi kecacatan yang dah kau analyze pada diri dia. Semua orang nak cantik kat pandangan mata orang lain. Tapi kalau kecantikan zahiriah yang kau nak tengok alamat dunia ni memang akan hilang la tamadunnya. Kenapa. Sebab kau tak nak pula nak nilai seseorang dari sudut dalaman.

Asal cantik asal hensem kau nak puji habis habisan. Dah tu golongan yang kurang dari sudut paras rupa kau nak kondem dan nak kutuk habis habisan. Walhal kekurangan dia tak usik sikit pun life kau. Kamon la.. Jangan berfikiran kolot sebegitu. Cuba kalau orang lain cakap macam tu pada diri kau. Mau tak hangin badan kau kan. So, macam tu la orang yang kau mengata tu rasa. 


" Takda sape terliur tengok kau"
"Kau tak laku la"
"Lelaki tengok kau pun tak hingin"
"Takde perempuan suka kau"

Siapa yang terkena mesti terasa gegila kan. Hey..kamon la jangan sesuka hati kau je nak judge orang lain. Bukan semua orang pandang paras rupa. Ya aku tak nafikan paras rupa jadi pilihan utama. Tapi aku yakin masih ada lagi golongan yang yang menilai seseorang dari sudut dalaman. Masih ada. Walaupun sekelumit.

Tuhan dah jadikan semua makhluk ciptaanNya cantik cantik belaka. Cuba kau tanam dalam fikiran, even rupa orang tu seburuk mana kau tetap katakan dia cantik. Sesungguhnya tetap ada kecantikan yang terselindung di sebalik kekurangan dia. Jadi nasihat aku dekat kau kau dan kau yang suka kondem orang, cermin dulu setiap kekurangan sendiri sebelum menilai orang lain. Dan nasihat aku kepada yang terkena, bersabarlah wahai hati. Tuhan itu Adil :)

Dec 2, 2011

Ujian Itu Bukan Untuk Kau Sesalkan

Salam Sejahtera untuk Kamo.


Hai semua. Macam mana hati anda? Baik ? Waras? 
Hati lagi. macam dah tak ada topik lain untuk haku cherita kan. 

Maklumlah fitrah manusia. Bila dah sedih, bila tengah berduka akan kembali kepada Pencipta. Bukan bila sedang bergembira kita lupakanNya, tapi kita makin jauh denganNya. Sebab itu Tuhan bagi kita semacam ujian untuk kita kembali dekat denganNya.


Kau sedar sesuatu. 
Hikmah Tuhan turunkan ujian itu.
Mungkin YA.
Mungkin TIDAK.

Kau akan jawab YA.
Sedangkan hakikatnya kau tak belajar sesen pun daripada ujianNya.
Bila kau jawab TIDAK.
Ia bukan kerana tahap kesedaran kau yang tipis.
Tapi untuk kau terus terus dan terus mencari pengajaran disebaliknya.

Dan kau SEDAR?
Kau akan sedar dengan HATI bukan KATA KATA
Bila hati kau mendesak desak
Bila hati kau teragak agak
Bila hati kau berbolak balik
Bukan untuk kemudaratan
Tapi kebaikan kau.

Mendesak desak untuk kau berubah
Teragak agak untuk akuinya
Berbolak balik antara nak dan tak nak
Itu hakikat yang pasti kau alami.

Ouh Tuhan..
Bantu aku laluinya.


"Jangan kita salahkan takdir. Ia seolah olah kau menuding jari kepada Tuhan yang tentukan kejadian itu. Bersyukurlah adanya"