Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Dec 28, 2011

"alhamdulillah, musibah musibah".

Salam Sejahtera untuk kamo.

Pertama sekali aku nak mintak maaf dekat kau orang semua sebab dah lama sangat tak hapdet. Maklum lah, kalau online pun sekadar menjengah seminit dua je pondok usang ni. Idea memang banyak berlegar berputar dalam kepala hotak ni, tapi bla bla bla bla bla...*ok banyak alasan.

So, kali ni nak sembang pasal apa pulak. Idea idea come to me..
SYUKUR. Kita cakap pasal syukur. Alah nak guna term arab sikit pun mula la kau buat buat mata kuyu. Cait.
Fine, dalam bahasa jawanya TERIMA KASIH.

Pernah kau bersyukur bila ada musibah jadi kat kau?
Bukan lah bila jadi something bad kau cakap "alhamdulillah, musibah musibah".
Tak ke gila orang cakap. Aiseh.
Maksud aku, mungkin hati kau terdetik macam ni "alhamdulillah, aku belajar sesuatu dari peristiwa tu"
Kita cakap dalam konteks hubungan dengan manusia.

Pernah?

Tak pun kau marah diri kau bila something bad terjadi. Keep blaming yourself. Kau hantok hantok kepala dekat dinding. Kau caci maki diri sendiri. Kau cederakan diri. Sigh. Kamon dear. Tak semua benda terindah yang kau bayangkan akan jadi realiti.

Kenapa aku cakap kau harus bersyukur ?
Ok, aku bagi contoh simple.
Salah satu benda yang kerapkali terjadi.
Kau suka gila dekat mamat/minah ni. Tapi kau tak mengaku pun kau suka or sayangkan dia padahal masing masing sayang each other. Tup tup entah sebab apa, lepas kau hang out dengan dia then terus dia senyap and jauhkan diri daripada kau. Sebulan lepas tu, kebetulan kau stalk fesbuk dia, tengok profile pitcha, gambar dia dengan awek baru. Lagi hot daripada kau.  Kompem menangis berguling kau kan. Pastu mulalah salahkan diri sendiri yang tak tahu mana salahnya.

Wait..wait..

Nampak tak something daripada musibah tu. Nampak tak ?
Fine fine aku explain.
Kau nampak tak yang dia pandang paras rupa. Waktu berkawan kemain lagi dia cakap tak pandang paras rupa lah, tak kisah gemok kurus tinggi rendah. Then bila dah jumpak terus sonyap har. So, nasihat aku, kau tak perlu nak kesal dengan kejadian tu tapi kau patut SYUKUR banyak banyak sebab jadi macam tu. 

Kenapa?

Sebab...dia tak sayangkan kau seikhlas hati. Dia tak boleh terima segala kekurangan yang ada dekat diri kau. So, kau patut bersyukur sebab tak teruskan hubungan dengan spesis manusia yang memilih and tak ikhlas dalam perhubungan. Bersyukur sebab kau tak diperbodohkan oleh perasaan palsu yang ada pada dia. Dan bersyukur jugak sebab kau dapat belajar sesuatu yang sangat berharga. So, SYUKUR dear..

Ikhlaskan hati, redha dan terima selapangnya. Sebab tiap sesuatu kejadian yang kau tak pinta tapi yang pasti ALLAH lebih Mengetahui. Dan segala yang kau capai hari ni, bukan milik kau tapi pinjaman. Kadang kala segala nikmat yang dikecapi kita alpa dan tak bersyukur. Bila hilang barulah kita mencari makna sebenar erti syukur. Bersyukurlah selalu.




notajari : Syukur Ya Allah..:) Terima Kasih Tuhan.

5 komen kam0o:

atiqa aris said...

yeah betol.musibah kdg2 bagos jugak tok mematangkan kte:)

Mishter Izwän said...

Jom join segmen ni, utk suka2 aja

Segmen Drama-Apakah Kesudahan Drama Tentang Dhia

http://speechless009.blogspot.com/2011/12/segmen-drama-apakah-kesudahan-drama.html

EYFAalias said...

hmm betul gak ek. bila fikir2 balik tak pernah pn sebut Alhamdulillah bila terima musibah. selalu eyfa kalau benda2 baik je ckp alhamdulillah.

yunZatie said...

atiqa : yup..belajar dari pengalaman

izwan : dgn izin Nya :)

eyfa : yup. patut bersyukur dgn sgalanya.

zakaria : yezza!!! :)