Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Dec 10, 2011

" Sweet gila awek tu TAPI juling la pulak "

Salam Sejahtera untuk kamo.

*maaf penggunaan kata KAU yang kasar




" Alahai muka dah hensem TAPI pendek "
" Minah tu muka cun seyh TAPI kering "
" Alah mamat tu jambu gila TAPI gemok la pulak "
" Sweet gila awek tu TAPI juling la pulak "

Perlu ke ada perkataan TAPI kat setiap ayat . Sebelum kau mengata orang lain lebih baik kau ambil cermin then letak depan muka dan perhati kekurangan yang kau ada. Bukan dia mintak lah nak jadi gemok, kurus, pendek, lonjong, sepet, juling, jongang, capit or pape lagi kecacatan yang dah kau analyze pada diri dia. Semua orang nak cantik kat pandangan mata orang lain. Tapi kalau kecantikan zahiriah yang kau nak tengok alamat dunia ni memang akan hilang la tamadunnya. Kenapa. Sebab kau tak nak pula nak nilai seseorang dari sudut dalaman.

Asal cantik asal hensem kau nak puji habis habisan. Dah tu golongan yang kurang dari sudut paras rupa kau nak kondem dan nak kutuk habis habisan. Walhal kekurangan dia tak usik sikit pun life kau. Kamon la.. Jangan berfikiran kolot sebegitu. Cuba kalau orang lain cakap macam tu pada diri kau. Mau tak hangin badan kau kan. So, macam tu la orang yang kau mengata tu rasa. 


" Takda sape terliur tengok kau"
"Kau tak laku la"
"Lelaki tengok kau pun tak hingin"
"Takde perempuan suka kau"

Siapa yang terkena mesti terasa gegila kan. Hey..kamon la jangan sesuka hati kau je nak judge orang lain. Bukan semua orang pandang paras rupa. Ya aku tak nafikan paras rupa jadi pilihan utama. Tapi aku yakin masih ada lagi golongan yang yang menilai seseorang dari sudut dalaman. Masih ada. Walaupun sekelumit.

Tuhan dah jadikan semua makhluk ciptaanNya cantik cantik belaka. Cuba kau tanam dalam fikiran, even rupa orang tu seburuk mana kau tetap katakan dia cantik. Sesungguhnya tetap ada kecantikan yang terselindung di sebalik kekurangan dia. Jadi nasihat aku dekat kau kau dan kau yang suka kondem orang, cermin dulu setiap kekurangan sendiri sebelum menilai orang lain. Dan nasihat aku kepada yang terkena, bersabarlah wahai hati. Tuhan itu Adil :)

9 komen kam0o:

reenapple said...

definisi cantik pada pndangan peribadi setiap orang tak sama... =)

yunZatie said...

huhu..ye...tapi tak perlu kondem kecacatan dan kekurangan org lain kan kan kan

Aminuddin Ishak (NYET) said...

sebb tu lar kne terima seadanya =)

Nadiah Jahari said...

cantik dalaman, tu yang penting ;)

Zinedine Zaiddin said...

"Tapi jalan kebenaran..tak akan selamanya sunyi"

tetiba teringat lagu ni.

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...jgn sombong tau rajin2 la komen entry tgk nie dulu nnt tuan blog tau la npa pakjoe kata kena rajin komen Check It Out! wahhh segmen blog siapa akan pakjoe pilih

ain fathihah said...

dunia bukan etopia kan. tak ada sapa yang sempurna

yunZatie said...

kawan2 : yup dunia ni bermacam ragam..