Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jul 23, 2012

Puasa yang Senak

Salam Sejahtera untuk Kamo.

Alhamdulillah, syukur sebab kita dapt jumpak lagi Ramadhan tahun ni. Setan jin iblis pun takde nak kacau. Wee~~ Cuma yang ada nafsu dalam diri sendiri. Boleh control or not depend kat tuan punya badan masing masing. Tapi sebut duk sebut sebut tang badan and nafsu ni ada problemnya jugak la.

ihsan p0kcik gugel

Tahan lapar dan dahaga. Pergi tarawikh. Kurang mencarut. Banyak kan mengaji. Alhamdulillah. Tu semua dah okey sangat tu. Tapi..tapi..ada lagi yang kita sendiri kurang peka.

Pakaian.
Baju yang kita dok sarung hari hari tu.
Nak kata dah tutup segala macam dah betul dah
tapi..

gugel: tutup mata!!!!

KETAT !
SENDAT !
MANTAP !

Kesian awop awop weh kat orang lain yang berpuasa. Boleh tergugat nafsu iman jantung diorang. Nak tundukkan pandangan? Takde masalah adik adik akak akak sekalian. Tapi tak kan sepanjang jalan nak pandang bawah jek kan? Tak pasal langgar tiang.

Nak kata diri sendiri alim takdelah kan. Ilmu pun sekelumit je. Cuma ada la member kaum adam yang mengadu kat aku. Katanya 'Senak mata tengok'. Malu den ! Malu. ! Nak jawab ape pun tak tahu. =.='

Hope kita semua dapat jaga diri sendiri dan juga tak jejaskan ibadah orang lain.
Selamat Beribadah :D

Jul 3, 2012

Dah Nasib Badan

Salam sejahtera untuk kamo .

mo0d jiwang sambil dengar lagu cinta bersatu-liyana jasmay.

Kelip kelip mata tengok video klip LJ sambil membayangkan aku lah yang comel menyanyikan lagu tu. Ouh so suwey. 

"entri entri kau semua jiwang"
"ah gaya ganas hati jiwang"
"bla bla bla bla blaaa"

Nampak tak maksud tersirat disebalik bebelan mereka. Ya aku mempunyai hati yang lembut. Se ayu dan se sopan diriku. But this is not my point to write in this entry. =.='


Kalau korang tengok gambar orang kahwin apa kau rasa ?
Mesti hati kau akan tercuit rasa. Paling tidak pun kau akan cakap "huntonglah"
Kau akan membandingkan beruntongnya mereka yang sah dimiliki dan memiliki dengan diri kau yang masih ternanti nanti. Kau membayangkan adakah hari bahagia kau dengan si dia. 

Aku juga ada rasa begitu. Jujur kan. =.='

Tapi kau jangan sampai ada rasa perbedaan itu hingga menyalahkan takdir yang berlaku.
"kenapa aku tak begitu" "kenapa aku tak begini" "kenapa nasib aku begitu begini"

Ada sebab mengapa begitu dan begini. Ada kemampuan kenapa kau setakat begitu begini. Semuanya bersebab. Dan mungkin ada khilaf yang perlu diperbaiki. Bukan sahaja kau. Tapi juga aku. Bersyukur dan hargai apa adanya kamu :D



notajari : terima kasih awak <3