Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jan 25, 2013

Bestnya Sambut Maulud Nabi kat Hostel !

Salam Maulud Nabi.

Ingat tak zaman sekolah dolu dolu ? Bagi yang bertapa di asrama mereka diwajibkan untuk sertai perarakan Maulidul Rasul. Ya setiap tahun aku dan kawan kawan bertungkus lumus menyiapkan sepanduk secantik alam untuk dibawa berarak keesokannya. Ramai yang membantu ramai jugak lah yang jadi batu. Macam aku. Haha.

Lepas tu berpakat dengan kawan kawan nak pakai baju kurung warna apa. Biru lah merah lah hijau lah. At last, pakai ikut sedap hati sebabnya tak semua ada warna baju yang dicadangkan. Cis beriya. Dek tidur lewat malam sebelumnya, hah aku dengan beberapa kawan yang sebulu mulalah liat nak bangun awal. Yang lain dah siap sembur sembur perfume habis sebotol, kami pulak baru nak gonyoh gonyoh mata cari towel.

Haish kenangan kenangan.

kenangan. Tapi ni bukan sekolah aku.
 Part yang paling best bila berkumpul ramai ramai nak start berarak. Galau hati tengok budak lelaki segak bersampin. Alahai indahnya ciptaan tuhan. Kalau boleh nak berarak depan sekali sambil fuhh fuhh tudung. Terpesong sungguh niat kau. Lepas tu kami sama sama berarak sambil berselawat sampailah ke dewan. Alhamdulillah.

Hah ! Yang ni memang aku failed. Ceramah. Kalau tak tidur, aku nyembang, kalau tak nyembang... Apalagi lari senyap senyap la masuk hostel ! Ape ke teruk perangai kau Yunz.

Sekarang ni dah bertahun aku tinggalkan hidup di asrama. Rindu nak dengar ceramah, rindu nak dengar tazkirah. Rindu ! Sumpah rindu.

Betul lah kata ustaz aku, 'nanti awak dah hidup di dunia luar, awak pasti rindukan situasi ini' :'(

Hah tu lah masa kat sekolah nakal, sekarang baru tergewd gewd nak insap. Puih.

2 komen kam0o:

Anonymous said...

I have read so many posts concerning the blogger lovers however
this paragraph is really a pleasant paragraph, keep it
up.

Also visit my website; seo software online

Tedi said...

Sekolah Tedi pun best jugak :-)