Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jan 23, 2012

'Bercinta bila kamu bersedia, bukan ketika kamu kesunyian'

Salam Sejahtera untuk Kamo :)

Hai u olls. Selamat tahun 2012 :) Maaflah nie entri pertama aku untok tahun 2012. Teruk bukan ? =.=" Kali ni aku tak tahu nak membebel tentang apa. Kisah kehidupan aku masih sama, azam yang bersambung sambung dari tahun ke tahun. Cuma nak beritahu blog aku masih mempunyai tuan yang bernyawa. Karang tak pasal korang ingat blog ni tak bertuan. Ceh.

Ok otak aku mula putarkan idea. Now lets talk tentang hubungan yang terlalu lama terjalin. Mungkin dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan seterusnya. Sepanjang perhubungan kau mestilah banyak konflik berlaku. Kadang kadang hal yang remeh pun boleh jadi isu besar. Biasalah wanita yang dikuatkan dengan emosi lebih tertumpu kepada hal yang menjadikannya terlalu kompleks. Walhal bagi lelaki, isu sebesar taik mata tersebut boleh diselesaikan secara rasional dan logik akal. Namun perbezaan fitrah seharusnya mewujudkan suatu ikatan kesempurnaan dan hubungan yang makin erat.


'Bercinta bila kamu bersedia, bukan ketika kamu kesunyian' - ya aku translate quote kat atas. Kau nak tahu apa natijahnya. Bila kau bercinta sekadar untuk isi kekosongan hati, hati yang sentiasa berdolak dalik mencuba sesuatu untuk membuatkan kau merasai bahagia. Hati berbisik untuk cari dan cari siapa yang layak untuk terus bersemayam di situ. Tapi andai kau bersedia menerima cinta, sepenuhnya kasih sayang dan komitmen kau hanya untuk si dia. Kegusaran dalam hati semudahnya ditangkis. Tiada keraguan yang pasti. Andai kau dan si dia jauh, keyakinan itu ada. Andai usia perhubungan kau semakin tua, itu bukanlah masalah yang ada.


Lagi dan lagi.


Hanya kau kau dan kau yang mampu mencorak hubungan yang ada. Dan aku ? Sekadar berbicara sekelumit cuma. Dan sebab sebenarnya aku tak suka merangka ayat yang begitu panjang. Bosan bukan ? Itu yang aku rasa. Dan aku tahu kau semua juga begitu. :P

3 komen kam0o:

ain fathihah said...

bila sunyi, memang ada rasa nak bercinta. hehe

yunZatie said...

haha. tau xpe..jadi jauhkan diri anda dari sunyiii