Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Nov 28, 2011

Perempuan; Kenapa Kau Terlalu Kompleks?

Salam Sejahtera untuk kamo.

Maaf agak lama haku tak hapdet ini belog. Now readers, ikut apa yang aku cakap 
"angkat tangan kanan ke atas, goyang goyang goyang, then letak kat bahu kiri, says tahniah yun..entri kau dah lepas seratus" *baru perasan kot.Ekceli banyak cherita yang haku kutip sepanjang haku tak hapdet. Cumanya kemalasan..ouh bukan. Tapi komitmen lain yang membuatkan haku abaikan menda alah ni. Omaigosh. Maaf.

Cumanya haku nak share kali ni tentang kenapa wanita, para gades dan seangkatan dengannya yang terlalu complicated dan sangat kompleks. Dari segi cara hidup, pemikiran, penampilan n semua yang berkaitan dengan sekeliling mereka. Ya haku akui haku juga gades santek, gades yang kadang kompleks terbelit belit.

Tapi kenapa?

Kenapa orang kata perempuan ni kompleks n complicated or istilah sainsnye "renyah"

Haku bagi contoh :


  1. Katakan pakwe kau  keluar dengan kawan perempuan beramai ramai, bila dapat tahu kat si awek, boleh bergegar satu Malaya ni. Di katanya pakwe curang. Kalau betul curang dah kompem kompem pakwe kau simpan ketat ketat rahsia yang dia hangout dengan girl lain.
  2. Andai kata orang yang kau minat tu dah layan tak layan kau, tapi kau still lagi nak try try kontek dia. Adek maness, tak payah. Kau kena paham yang dia dah tak nak kau kacau dia. Ok lah macam ni, ayat ni baru menusuk " dia dah tak suka kau" 
  3. Berkata kata lagi, andai si perempuan merajuk. Haila..kompem si lelaki dah start gelabah sebab perempuan ni memang payah nak dipujuk. Kenkadang hal yang simple pun nak kecoh kalahkan mami jarum. Kamon dear.. tak payah nak merajuk la. Dapat tau adik kau yang kecek kau majuk boleh bikin malu kot.
  4. Katakan pakwe kau nak tengok bola or buat sesuatu yang dia minat, kau tak payahla suruh dia 24/7 text kau je. Dia pun ada life dia. Bagi lah chance. Bukan pakwe kau nak lari tinggalkan kau pun.
  5. Lagi, bila dah date tu jangan lah asyik ikut kehendak kau je. Nak tengok wayang cerita ala ala boliwud, nak makan dekat restoren je, nak beli barang semua ikut citarasa kau. Selalu jadi kes si awek tanya pendapat pakwe, konon konon nak toleransi. At last ikut kehendak perempuan tu jugak. Aiseh. Macam mana nak kekal.
  6. Dan lagi, pasal penampilan. Kau patut puji dia bila dia buat sesuatu perubahan contohnya dia buat style rambut baru ke, simpan janggut ke, tukar gaya ke. Ini tidak, makin dikondem lagi "tak hensemla sayang" "tak sesuai dengan u la syg". Aisehmen.. 

So, nampak tak contoh contoh yang haku bagi. Perempuan ni complicated kan. But haku tak cakap haku tak macam gades lain, tapi haku pun masih cuba jadi orang yang tak terlalu kompleks.

Nov 18, 2011

"Segmen Kreatif Bersama Pendambamawar"




Ehem ehem. exceli aku pun konpius dengan kepala hotak aku. Kenapa pulak aku nak join join segmen ni. Excuse me..bukan aku nak jadik femes hames kalau aku join segmen yang pendamba mawar buat ini. Aku pun tak pasti kenapa. N kompem lah si pendamba mawar ni pun pelik jugak. N yang lagi pelik aku tak minat spesis spesis bunga ni. Aku ni pendamba jejaka. Haha tak lawak .=.='

So first time aku join, aku tertarik sebab segmen ni nak kena buat dialog. Al maklumlah, aku ni berangan angan nak ganti tempat david teh'o'.. so malas panjang cerita


pendambamawar [pm] : ai ta kireww, u kene jugew uat uat majuk, kalau ta ai ta pulangkan dolly u *nada marah+ majuk


pendambajejaka [pj]      : yela yela..itew uat uat majuk..*dalam hati : aiseh, parok aku hari hari ceni.dem


lalalala..aku tak bersalah ye incik pendamba mawar. Bila lagi nak kenakan incik kan kan kan :P

Nov 13, 2011

Cemburu Bila Berkawan. Perlu Ke ?

Salam Sejahtera untuk kamo.

Kawan pun melengkapi kan ?

Dan mesti kau pernah dengar ungkapan ni :


Betul ke statement ni? Mungkin bagi mereka mereka yang mempunyai perasaan dan jiwa yang halus akan mengiyakan kenyataan ni. Dan bagi haku, tak ada sebarang penafian dan keraguan untuk sangkal pernyataan tu. Ya aku berjiwa halus. Itu aku.

Ada orang yang cepat memberikan ruang dalam hati mereka untuk menyayangi orang lain. Sayang tak semestinya sebagai kekasih. Tetapi sayang sebagai seorang rakan. Itu pun sudah cukup untuk menerbitkan perasaan cemburu.

Cemburu ?

Siapa kata golongan yang bercinta sahaja mempunyai perasaan itu. Salah. Itu kata mereka yang berjiwa halus. Kenapa harus cemburu. Sedangkan kau dan dia cuma berkawan. KAWAN. Lain kan dengan KEKASIH. Kau tak cemburu apabila dia berdating dengan awek or pakwe. Bukan. Itu hak dia. Cemburu tu… omg. Sukar nak jelaskan. =.=’


Yang pasti kau tulus memberikan kasih sayang kau. Kau betul sayangkan dia. Kau risaukan dia. Kau ambil berat tentang dia. Tapi cuma sebagai kawan. Aku ulang. KAWAN. Tapi bagi pihak dia. Mungkin dia akan rasa rimas dan lemas dengan sikap kau. Atau mungkin dia akan rasa “Eh, dia dah minat aku. Aku dah berpunya”

Ouh Tuhan.
Sukar rasanya bila wujud rasa sedemikian rupa. Sukar juga pabila kita sayangkan orang yang berlainan jantina walaupun sebagai status kawan. 

Nov 6, 2011

Sebab Kenapa Kau Pilih Ex Bf or Gf Lagi

Salam Sejahtera untuk Kamo.

Korang pernah tak alami saat di mana kau kapel semula dengan ex bf/gf  kau. Putus dah entah berapa kali tapi still kapel dengan bf/gf yang sama. Sampai mana agaknya perhubungan kau akan bertahan. Dan kenapa kau still pilih ex bf/gf untuk terus bersama.

Reason:
Mungkin kau still pilih dia sebab kau dah lama bersama dengan dia. Walau seburuk mana pun perangai, sesakit mana pun hati kau bila berdua, tapi kau still sanggup ambil risiko untuk teruskan. Kau dambakan dia macam dah tak ada yang lain boleh di cari ganti.

Or mungkin jugak kau kapel balik dengan ex bf/gf sebab dia datang semata mata nak isi rasa sunyi kau. Kau tak rasa ke macam dia boleh pergi dan balik sesuka hati dia. Ouh..sangat tegar ya hati kau. Kamon.. kalau kau ada rasa macam tu, define your hati. Pikir sebaiknya.

Aish. Kau memang tak boleh hidup tanpa dia. Itu kata kau. Kata haku, " Sebelum kau jumpa dia elok je kau hidup". Ceh. Mungkin ada perangai n sifat dia yang buat kau buta untuk lepaskan dia. Tambah tambah kalau ex bf/gf kau ada pakej lengkap. Hensem or cantik. Mana boleh lepas. Melepas lah kau bila tengok dia berpimpin tangan dengan orang lain nanti.

Dia merupakan cinta pertama kau. Ewah. Sebab tu kau nak sesangat dengan dia. Walhal dia selalu cari point untuk mulakan perbalahan. Perkara kecik pun dah boleh jadi Perang Dunia. Kamon babe n dude.. Cinta pertama yang real, kau akan jumpa lepas kahwin nanti n jodoh kau juga adalah cinta terakhir kau. Ouh. So sweet.

Kau susah sangat nak lupakan ex bf/gf kau. Maklum la bercinta bertahun lama tup tup nak putus. Mana boleh tahan. Ye dok ? Kau pergi mall kau teringat kau pernah pergi dengan dia. Kau nampak basikal kau teringat dia yang suka kayuh. Kau tengok orang pakai spek, ingatan melayang teringat dia. Bak kata orang "ape pun ta boley"



Baideway..haku tahu ramai yang pernah alami benda ni. Jangan nak kelentong haku la. Haha. Apepun sebab korang, haku doakan yang terbaik. Pstt..doakan jodoh haku jugak.



notakaki : sepatutnya publish diz entri 30 Oct. Nampak tak bz nampak tak :P