Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Sep 27, 2011

Kisah Benar : " Kau rasa kan apa yang ku rasa "


Salam Sejahtera untuk kamu J
Entri kali ni haku nak cerita kat ampa real story. Cherita antara lelaki dan perempuan. Bukan cherita cinta. Tapi cherita yang diakhirnya Cuma persoalan yang tak dapat dirungkai. Cherita ni tentang Nurul Qistina Qaisarah Qasih Izzati dengan lelaki bernama Shahidan. Pertemuan yang Cuma di alam maya jadikan mereka rapat. Terlalu rapat. Semua cherita mereka kongsi. Terubat semua rasa luka si gadis setelah kecewa dengan kisah yang lalu. Takdir tuhan mereka berdua bertemu untuk kali pertama. Pertemuan yang Cuma 5jam. Tapi selepas pulang dari bertemu si lelaki mendiamkan diri.
Ini Cuma luahan hati si gadis untuk si jejaka yang dia sayang
*****
Beb.. aku tak tahu kenapa Tuhan takdirkan aku untuk bertemu dengan kau. Sampai sekarang aku masih tercari hikmah terselindung. Beb, kenapa kau diamkan diri kau. Apa ada yang tak kena sepanjang 5 jam tu. Aku tak sesopan gades lain, aku hanya jadi diri aku kat depan kau. Hanya kau.
Beb.. memang perkenalan kita sangat singkat. Aku still semat apa yang kau katakan pada aku. Kau berterima kasih atas perkenalan ni. Kau kata tanpa lihat aku dan walau dengar suara aku kau sayangkan aku. Kau kata kau tak kisah dengan perkenalan ni biarpun akan menyebabkan kau hancur. Tapi.. kenapa sekarang kau hancurkan aku.Beb.. aku sayangkan kau. Aku tau kau tahu itu.
Beb.. aku selalu tanya “kau rasa tak apa yang aku rasa” dan selalu rasa kita sama. Tapi kenapa kau siksa rasa aku untuk kali ini. Kau suruh aku jadi orang yang kuat. Aku cuba. Dan aku sedang cuba. Aku cuba jadi kuat di depan mata orang lain tapi hakikatnya kau tahu kan diri aku.
Beb.. setiap malam kau selalu temankan aku tidur walaupun hanya dalam telefon.  Tapi sekarang semua tu dah tertanam jauh. Dan setiap malam jugak aku cuba pejamkan mata aku. Berdoa agar di buka pintu hati kau untuk telefon aku. Tapi..
Beb..kau tahu kan hari ni hari jadi aku. 27 September. Aku ingat lagi kau kata nak jadi orang yang pertama untuk wish kat aku. Aku cuba untuk tak mengharap. Sebab aku tak nak kecewa. Aku nak jadi kuat macam kau kata. tapi sampai sekarang aku tak dengar khabar dari kau. Cuma ucapan maaf dan ucapan hari jadi melalui pesanan ringkas.
Beb.. aku tak putus asa untuk terus hubungi kau. Tapi kenapa kau terus berdiam. Kau biarkan aku tanpa sebarang alasan. Kenapa kau terus on nombor fon yang khas untuk kita berdua berhubung. Apa motif kau. Sedangkan semua kall dan message aku kau biarkan tanpa balas. Apa motif kau! Aku tersiksa. Kau tahu kan tu.
Beb..kau tahu kan aku gades yang sangat ego. Tapi kau juga tahu kan aku dah jatuhkan ego aku ke lantai semata untuk kau. Mesti sekarang kau gelak kan aku kan. Aku tak malu kan beb. Mengharap pada kau yang tak pedulikan aku.
Beb..andai kau terbaca apa yang aku coretkan ni, aku Cuma nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Sangat sayangkan kau. Aku memang gila sebab sayangkan kau. Semua kata kata yang kau tujukan untuk aku selayaknya aku tujukan untuk kau.aku tau aku tak kan dapat rasa benda sama ketika kau masih di sisi aku. Mustahil kan. Untuk kali terakhir aku tanya kau “kau rasa tak apa yang aku rasa”. Aku doakan kau Shahidan. AKU SAYANGKAN KAU. KAU TAK KAN PERNAH TERLUCUT DALAM KISAH HIDUP AKU.Aku nak kau tahu itu.

Salam dari aku,
Budak sengal yang rindukan kau.
*****
Ni lah kisah yang dia nak share dengan ampa. Sampai sekarang dia still tertanya. Persoalan yang tak dapt dirungkai. Ampa pun tau kan rasa tu. Aku doakan yang terbaik untuk keduanya. Bersabarlah wahai hati..

Notajari :  lelaki dan perempuan tak kan pernah boleh jadi kawan rapat kan.?

5 komen kam0o:

Pendamba Mawar said...

susah la nak explain sal cinta..nanti jumpa bos terangkan

Admin said...

Erkk 5 jam jumpa .. lama tu

Anonymous said...

Babe,sometimes memang lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik(bestfriend) tapi,kena tengok balik niat kite dulu..jatuh cinta dengan kawan mungkin biasa..tapi kena tengok jatuh cinta dgn kawan yang macam mane?aku pegang dekat satu ayat ni je..

"lepaskan dia pergi sekiranya dia mahu pergi..andai kali terakhir dia berpaling,maksudnya hati dia masih untuk aku."some how,jodoh tak kire sape..cinta datang tanpa kenal usia,tapi kena didik hati kite terima segalanya.

sampaikan salam aku dekat that person.

-Heziqa Yoo-

yunZatie said...

bos : bos...plez..explain to me

HH : 5jam x lama la..huu

Heziqa : thx syg..:(

Anonymous said...

kalo dh syg..bole ke ko nk jd kwn rapat??x kn..so mybe die bkn tuk ko...mybe de owg lain yg terbaik tuk ko...skank ni..kite akan rase mcm2..sowg2 or ape la...tp bile diri kite ni asyik pk that thing..lame2 ape pon x jd...yg dh lepas tu lepas..wat buku baru..idup baru..ko pon still study right? so,fokus...bile dh cukup time ko kene pk pasal bercinta or nk kawin ni semua..ko wat la..xya nk serabutkan kepala..ngan syang yg xkesampaian ko tu...kite xth ati org..cinta cyber..but kite sendiri yg terkontang kanting...hidup mesti diteruskan...yeeaahh!!!(just bg pendapt je)