Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Oct 13, 2012

Here Again !

Salam Sejahtera :D

Aku di sini. Mungkin kembali untuk menitip rasa. Menitip kata dengan kerapnya. Di sini. Ya di sini. Mungkin aku masih syok sendiri untuk terus melakar kata. Ah persetankan itu. Setan ! Emo kan =.='

Last aku mencarut coret bulan Ramadhan. Dan aku kembali mencoret.

Nak luah tak terkata, nak tulis tak tercapai. I lost myself. T_T.


There are days when you need someone who just wants to be your sunshine and not the air you breathe.  ~Robert Brault


Jul 23, 2012

Puasa yang Senak

Salam Sejahtera untuk Kamo.

Alhamdulillah, syukur sebab kita dapt jumpak lagi Ramadhan tahun ni. Setan jin iblis pun takde nak kacau. Wee~~ Cuma yang ada nafsu dalam diri sendiri. Boleh control or not depend kat tuan punya badan masing masing. Tapi sebut duk sebut sebut tang badan and nafsu ni ada problemnya jugak la.

ihsan p0kcik gugel

Tahan lapar dan dahaga. Pergi tarawikh. Kurang mencarut. Banyak kan mengaji. Alhamdulillah. Tu semua dah okey sangat tu. Tapi..tapi..ada lagi yang kita sendiri kurang peka.

Pakaian.
Baju yang kita dok sarung hari hari tu.
Nak kata dah tutup segala macam dah betul dah
tapi..

gugel: tutup mata!!!!

KETAT !
SENDAT !
MANTAP !

Kesian awop awop weh kat orang lain yang berpuasa. Boleh tergugat nafsu iman jantung diorang. Nak tundukkan pandangan? Takde masalah adik adik akak akak sekalian. Tapi tak kan sepanjang jalan nak pandang bawah jek kan? Tak pasal langgar tiang.

Nak kata diri sendiri alim takdelah kan. Ilmu pun sekelumit je. Cuma ada la member kaum adam yang mengadu kat aku. Katanya 'Senak mata tengok'. Malu den ! Malu. ! Nak jawab ape pun tak tahu. =.='

Hope kita semua dapat jaga diri sendiri dan juga tak jejaskan ibadah orang lain.
Selamat Beribadah :D

Jul 3, 2012

Dah Nasib Badan

Salam sejahtera untuk kamo .

mo0d jiwang sambil dengar lagu cinta bersatu-liyana jasmay.

Kelip kelip mata tengok video klip LJ sambil membayangkan aku lah yang comel menyanyikan lagu tu. Ouh so suwey. 

"entri entri kau semua jiwang"
"ah gaya ganas hati jiwang"
"bla bla bla bla blaaa"

Nampak tak maksud tersirat disebalik bebelan mereka. Ya aku mempunyai hati yang lembut. Se ayu dan se sopan diriku. But this is not my point to write in this entry. =.='


Kalau korang tengok gambar orang kahwin apa kau rasa ?
Mesti hati kau akan tercuit rasa. Paling tidak pun kau akan cakap "huntonglah"
Kau akan membandingkan beruntongnya mereka yang sah dimiliki dan memiliki dengan diri kau yang masih ternanti nanti. Kau membayangkan adakah hari bahagia kau dengan si dia. 

Aku juga ada rasa begitu. Jujur kan. =.='

Tapi kau jangan sampai ada rasa perbedaan itu hingga menyalahkan takdir yang berlaku.
"kenapa aku tak begitu" "kenapa aku tak begini" "kenapa nasib aku begitu begini"

Ada sebab mengapa begitu dan begini. Ada kemampuan kenapa kau setakat begitu begini. Semuanya bersebab. Dan mungkin ada khilaf yang perlu diperbaiki. Bukan sahaja kau. Tapi juga aku. Bersyukur dan hargai apa adanya kamu :D



notajari : terima kasih awak <3

Jun 9, 2012

Nasihat Abah

Salam sejahtera untuk kamo :)

Hey hey hey. Awop awop pe kabar. Ewah ewah bukan main Ganu lagi aku. Nak state kat sini yang aku sambung belajaq kat Pantai Timur lagi. Tapi utagha kemain pekat baq ang! 

Sepanjang meniti hari hari yang sangat extreme kat Ganu nim, banyok mende yang aku dapat belajaq. Kehidupan yang jauh dari keluarga, meme banyok cabaran. Kat situ lah kenal mana boleh buat kawan, mana boleh rosakkan kawan. Kita yang merantau kat negeri orang cuma ada kawan, tempat kita mengadu, bergadoh, melawak bla bla bla..

Nampok dop point aku kat sini ?

K to the A to the W to the A to the N.
Bunyik nye ape ?
SAING ?
Sinonim lah tu kan =.='

Bila hidup dengan mereka mereka yang tak mempunyai pertalian darah meme susah nak hilangkan marah, geram, benci, sakit hati dekat orang tu. Tapi sapa lagi yang kita ada bila duk belajaq ni ? Mai habaq kat aku mai. 

KAWAN kan ?

So, bak kata abah aku yang hensem, 
 "Hang kalau kawan cari pasai, sabaq ja. Jangan duk gadoh dengan orang. Hang tu dok jauh takdak sapa sapa yang boleh tolong kecuali kawan hang. Abah takmau dengaq hang gadoh dengan kawan. Bla bla bla bla bla..."

Nampak tak nampak tak ?

Apa pun, kita cuba jadi kawan yang terbaik. Mungkin kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Dan yang penting jadilah kawan yang ada waktu susah dan senang :) Do love your friend as you love yourself. OK ?


notakaki: Maaf la rojak. Grammar Ganu pong salah. Omputih pun boleh rojak tak kan Ongmelay tak boleh kan :P

Apr 12, 2012

Blogger Pemalas

Salam sejahtera untuk kamo. :)

Motif gua ?
First, aku hak mintak maap dekat diri sendiri and korang sebab menzalimi belog kusut ni. Walaupun aku tau yang belog ni tak ada pembaca tegar at least ada jugak yang singgah minum kopi baca entri aku. Jari jemari aku yang halus bak bayi ni terasa kekok nak menaip untuk entri ini.

Ya sudah lama aku tak hapdet semenjak warkah terakhir yang mengumumkan aku masih lagi hidup dan wujud. Kali ni aku bukan nak cari traffic nak sibuk sibuk cherita perihal amaran tsunami. Korang skodeng dekat blog lain melambak cerita pasal isu yang sama. So aku rasa tak perlu lah aku nak cerita lagi kan ?

Entri jiwang ?

Maaflah, tak pandai lah pulak. Bercinta pun failed tak kan aku nak nasihatkan korang pulak kan ? So pergi lah skodeng blog Terfaktab. Link ? Sendiri makan sendiri suap lah sayang.

Dah lah penat pulak menulis. Jari tak boleh nak lentur lagi. Chao.

Jan 27, 2012

Dia Masih Hidup Kau Masih Wujud

Salam Sejahtera untuk kamo.

Malam yang indah hari ni. Banyak tahi bintang berlumba lumba  jatuh. Anak anak muda still berjimba. Haih dunia dunia. Aiseh tetiba berpuitis. Kang kena cop mohor jiwang lagi. =.='. Ok so nak membebel apa lagi kali ni. *tarik muka seyes duduk penuh yakin.bajet consultant. puih.

Hari ni habes semua kawan lama aku kontek. Maklumla sedekad tak 'update' kredit. Tapi motif aku cerita ni bukan nak suruh kau mintak no fon aku.*pasan lagi. Seterek to the poin la kan n dalam contoh mudah. Katakan kau tetiba dapat message daripada member lama, balak lama, skandal lama, anak ayam lama or whoever, so apa perasaan kau ? 

Syiok ?
Sengih tak ingat dunia ?
Bikin panas ?
Meluat ?



Tak kesah lah apa pun perasaan kau time tu kau patut ada rasa bertuah sebab mereka mereka yang dah lama senyap tetiba tanya khabar kau. Maknanya mereka masih ingatkan kau semua. Wee~~*ok gedik  Walaupun kehadiran mereka kadang menimbulkan rasa yang kurang menyenangkan tapi kau patut bersyukur. Mereka still tahu kewujudan kau n kau otomatik tahu mereka masih hidup. Haha.

Kau jugak mesti flashback saat saat kau dengan mereka. Nak tak nak mesti kau akan teringat jugak. So aku nasihatkan jangan lupa ucapkan terima kasih dekat mereka yang masih ingat dekat kau. Okbai :)



notakaki : Bajet santai kau yunz. Tengs kawan yang tak lupakan saya :)

Jan 23, 2012

'Bercinta bila kamu bersedia, bukan ketika kamu kesunyian'

Salam Sejahtera untuk Kamo :)

Hai u olls. Selamat tahun 2012 :) Maaflah nie entri pertama aku untok tahun 2012. Teruk bukan ? =.=" Kali ni aku tak tahu nak membebel tentang apa. Kisah kehidupan aku masih sama, azam yang bersambung sambung dari tahun ke tahun. Cuma nak beritahu blog aku masih mempunyai tuan yang bernyawa. Karang tak pasal korang ingat blog ni tak bertuan. Ceh.

Ok otak aku mula putarkan idea. Now lets talk tentang hubungan yang terlalu lama terjalin. Mungkin dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan seterusnya. Sepanjang perhubungan kau mestilah banyak konflik berlaku. Kadang kadang hal yang remeh pun boleh jadi isu besar. Biasalah wanita yang dikuatkan dengan emosi lebih tertumpu kepada hal yang menjadikannya terlalu kompleks. Walhal bagi lelaki, isu sebesar taik mata tersebut boleh diselesaikan secara rasional dan logik akal. Namun perbezaan fitrah seharusnya mewujudkan suatu ikatan kesempurnaan dan hubungan yang makin erat.


'Bercinta bila kamu bersedia, bukan ketika kamu kesunyian' - ya aku translate quote kat atas. Kau nak tahu apa natijahnya. Bila kau bercinta sekadar untuk isi kekosongan hati, hati yang sentiasa berdolak dalik mencuba sesuatu untuk membuatkan kau merasai bahagia. Hati berbisik untuk cari dan cari siapa yang layak untuk terus bersemayam di situ. Tapi andai kau bersedia menerima cinta, sepenuhnya kasih sayang dan komitmen kau hanya untuk si dia. Kegusaran dalam hati semudahnya ditangkis. Tiada keraguan yang pasti. Andai kau dan si dia jauh, keyakinan itu ada. Andai usia perhubungan kau semakin tua, itu bukanlah masalah yang ada.


Lagi dan lagi.


Hanya kau kau dan kau yang mampu mencorak hubungan yang ada. Dan aku ? Sekadar berbicara sekelumit cuma. Dan sebab sebenarnya aku tak suka merangka ayat yang begitu panjang. Bosan bukan ? Itu yang aku rasa. Dan aku tahu kau semua juga begitu. :P