mood : terkenang - kenang
suasana : sepi
hai jejaka jambu dan gades santek.
entri kali ni tokeyblog nak cakap pasal jodoh. yup. orang selalu cakap "kalau ada jodoh kau dengan dia tak ke mana". " dah tertulis dekat luh mahfuz jodoh kau dengan dia.jangan risau" erm.. memang betul apa yang selalu orang-orang cakapkan. kadang kita terfikir dia kah jodoh yang dimaksudkan? dia kah yang akan menjadi pendamping setia kita.? kalau betul jodoh kita dengan si dia kenapa perlu ada perpisahan.
meh sini tokeyblog nak habaq. ehem..ehem. memang kita sayangkan dia. memang kita cintakan dia. tapi mungkin dia bukan yang terbaek untuk kita. kita tak nampak kebaikan yang terjadi pada masa sekarang. dan kita asyik salahkan diri sendiri atas perpisahan yang terjadi. tapi siapa tau kita akan dapat lebih hebat dari yang lepas. mungkin si dia bukan secantik / sehensem yang dulu. mana tau si dia yang sesempurna untuk melengkapi kelemahan kita.
sedap tokeyblog berbicara tanpa tahu perasaan dan hati orang yang terluka. haha. gelak seketika. semua orang pernah alaminya sayang. ya. bak kata penceramah yang tokeyblog dengar tadi. kalau betul-betul kita mahukan si dia jadi teman hidup kita. berdoalah selalu. agar tuhan jadikan kita dan si dia bersatu. amiin.pasti dia milikmu. tapi, andai tuhan tak makbulkan doa itu. bersyukurlah. kerana Dia tak akan sesekali menzalimi hambaNya.
notajari : orang yang sukakan kita memang ramai, tetapi orang yang nak menjaga kita sangat susah dicari.
0 komen kam0o:
Post a Comment