Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jun 29, 2011

Jun 28, 2011

Bengang Kau buat Haku Riak Jap.

mo0d : panas + bangga = shit

 Hai jejaka n gades sekalian. Amacam hari korang rini. Tokey nye m0od da bercekelaru. Panas bai !..

Okeh. Tokey tau entri entri tokey tak sehowt se awesome or se gah bloggers yang lebih senior dari tokey. Ni entri yang tokey maksudkan. [ SINI ]

Tabik Hormat untuk SENIOR's'..

Folower tokey pun tak banyak. Sokey. Takda hal. Tokey sedar tak bape bagus lagi. Tapi damn ! Tak perlu la nak kopi ke tea ke milo ke. Ergh.. Tak letak link or credit pun takpe asal 'engkau' say thanx. Cukup. Bukan tokey mintak belanja makan pun. Sigh.

Sebab tu tokey wat Disable right click. Memang entri tokey tak bernilai beribu raban. Tup tup bila da tokey wat enable gini lak jadinye.. Adeii. En 'engkau', kita ni dalam family yang sama. Join group yang sama. Tak lari ke mana.

Mood tokey first usha entri tuh :

Pergh..!!---> TERKEZUT
Macam entri haku, ye dok ni ? ---> TAK PERCAYA
Aiseyh.. =.=' ---> BANGGA + BENGANG


Tokey bangga jugak der. ! BANGGA. even panas gak dalam hati ni.

Apapun kepada en 'engkau' jangan risau. Haku tak letak link 'engkau' dalam ni. Tapi maaflah haku mengadu kat yang lain. Eh, nape haku yang mintak maaf. Demm.

Jun 26, 2011

Kasih Insan Misteri

 Epy weekend sayang's'         

          Pernah tak engkau alami situasi ni. Di mana suatu saat kau tengah bersedih dan berduka, tetiba entah dari mana muncul seseorang yang datang temani kau n merawat segala kepiluan hati kau. Masa tu kau sangat bersyukur. Hadirnya seseorang yang menyapu air mata kau dan hilangkan segala rasa sendu di jiwa kau.

               Setiap saat kau nantikan insan misteri ni. Setiap berita yang dia khabarkan membuatkan hati kau lupa segala kedukaan yang kau alami. Kau rasakan tanpa dia hari hari yang kau lalui tak sempurna. Dunia berhenti berputar. Resah. Dan kau rasakan ingin lalui semuanya bersama si dia.

               Kau selalu rindukan dia. Belaian kasih yang dia curahkan membuatkan kau tersentuh. Sikapnya yang penyayang, genggaman jiwanya dan segala galanya tentang dia. Rindu. Kasih. Kau terima ketulusan jiwanya.

credit :  bagai gula gula hati

               Saat kau rasakan hati kau telah terubat, dia pergi meninggalkan kau. Jauh. Hati kau bingung. Kau rasa takdir telah tertulis yang kau akan dipertemukan dengan dia. Tapi tanpa kau ketahui takdir itu juga yang telah memisahkan kau dan dia.

Hubungan mesra antara kau dan dia terjalin bagai kau dah kenal dia lama. Walau apapun kau rasa pertemuan yang seketika cuma sangat bermakna dalam hidup kau. Dan sampai saat ini kau masih terkenangkan dia.


Notajari : bersyukurlah dengan pertemuan yang sekejap cuma.

JOM JOIN BLOGLIST BUDAK KUAT PERASAN TU..!



HIHI..

Boleh tak nak join en aremieroul jadi perasan jap.

Saya memang COMEL.

sekian.


kengkawan jom r join :



Tak Tahu Harga Cinta

Mood sentimental

Kau kau dan kau tentu sedang hangat bercinta kan. Wewettt! Haha.

Kau pernah tak mempunyai pasangan yang kau idamkan selama ni. Kau dan dia saling sayang dan cintakan antara satu sama lain. Even kau dan dia jarang berjumpa or keluar dating macam pasangan yang lain tapi hubungan korang tetap utuh teguh. Mungkin sepanjang setahun boleh di bilang dengan jari berapa kali korang bertemu.

Tapi entah di mana silap nya tetiba dia berubah. Tak selembut dulu.  Layanan yang kau dapat makin kasar. Kau cuba percayakan hati, yang dia mungkin ada masalah sekeliling. Okie. N makin hari pergaduhan korang makin teruk. Kata caci maki mula keluar daripada mulut dia. Kau bersabar walaupun hati kau sangat terluka. Kau cuma berharap bahawa perubahan dia hanya sementara.

Kata putus berulang kali meniti di bibir dia. Kau rasakan semua janji yang di ungkapkan sepanjang hubungan korang sia sia. Kau mencari dimana salah yang kau lakukan tanpa kau sedari. Blur. Keikhlasan hati kau seringkali disalah ertikan. Segala ketulusan budi langsung dia tak hargai. Kau hanya mampu bersabar dan mengalah.
we're not made for each other.

Tapi bagi dia semua yang kau buat serba tak kena. Semua tuduhan dia campakkan bulat bulat dekat kau. Lastly, kemahuan dia untuk putus kau turutkan walaupun kau tak rela. Dia tersenyum.

Relakan.

Ya kau relakan. Mungkin kau akan dapat ketenangan. Andai kau dan dia masih bersama mungkin belum pasti korang bahagia. Mungkin dia bukan terbaik untuk kau.


Notajari: Moved on dengan hidup baru. Kau pasti akan temuinya. 

Hey! Tak Semua Jual Murah Lah.

Hai kengkawan semua. How’s ur life?

Okeh. Kali ni tokey nak berbicara tentang cinta. Eh bukan. Getaran melodi jiwa mendesak tokey menaip rentak kehidupan. Merapu lagi. Sebenarnya tokey nak kongsi pasal prinsip. Euw.. tak menarik kan topic nih. Haiip. Jangan menguap dulu.

Tokey tahu setiap individu ada prinsip masing masing kan. Tak kesah la prinsip macam mana pun yang engkau amalkan we shud respect others ryte? Macam Shahrukhan, prinsip dia kalah tak semestinya mengalah. Ehem ehem. Peminat SRK exceli. Ngee.


Back to the topic, andai kata kau baru kenal seseorang n entah dari mana dia tahu pasal engkau. Tup tup dia kata nak berkenalan. Nak tambah kawan. Its ok. Tak salah. Bayangkan kenalan baru kau berlawanan jantina okeh. Mungkin prinsip kau pada awal perkenalan kau tak tunjukkan sikap kau yang sebenar. Tokey maksudkan sikap sikap terbaik kau. So bila kau bercakap dengan dia sangat kasar.  Yelah, kalau tokey pun entah dari planet mana datang tak kan tetiba nak kaver suara lebih ayu kan.

Kau sembang dengan dia macam kau sembang dengan kawan kawan kau. Takda nak kaver kaver. Tetiba dia tegur kau suruh kau berlembut dengan dia. Eh apahal pulak. Dah nak berkawan dia patut terima buruk n baik kau. Tapi sebabkan kau berkasar, habes syarahan yang dia bebelkan. Then dia kata kau macam macam. Tapi takpe kau masih bersabar.

Time’s up. Dah habes dia serang kau dengan syarahan yang tak bertauliah tu then kau tegur dia secara baik. Kau terangkan prinsip kau dekat dia n mintak maaf. Tapi dia tak boleh terima. Erghh. Tup tup..

Kau: Maaflah.
Dia : Saya ingat semua girl layan je walaupun tak kenal
Kau : Sori ye, tak semua girl macam tu. *tercabar
Dia : Yelah.


Damn.



Notajari : jangan pandang orang sebelah mata. Sigh.

Jun 23, 2011

SAYANG..perlukah ada sebab?

hai gades comel n jejaka cute !

kebanyakan orang mesti tanya "kenapa kau sayang aku hah?"

aloh..da orang tu nak sayang kau bersyukurla. banyak songeh lak. tak sayang kang menanges lak. sebenarnya sayang ni tak perlu ada sebab. aku sayangkan kamu sebab aku sayang lah. diri sendiri pun tak tau kenapa boleh sayang dia tapi yang pasti memang betul sayang. ye, memang semua benda yang kita buat ada sebab.. tapi sayang ni perkara subjektif.tak perlu sebab. hati dah sayang maka terima saja.


aku terima kau sebab diri kau maka sama jugak dengan aku sayang kau sebab diri kau. so tak perlu tanya or ragu kenapa aku sayang kau. ah bosan !

okay okay. sekarang tokey nak tanya kau balik..mungkin tokey boleh pakai jawapan kau bila ada sesiapa tanya soklan camtu kat tokey.kahkahkah.

KENAPA KAU SAYANG DIA ?


notajari: korang sayang aku tak ?

Jun 20, 2011

Aku Bukan Les..

dengarkan irama lagu mari menari denganku....
lalalalalala..

Hari ni yun nak buat entri yang mungkin bagi korang takde hal tapi bagi yun tetap tacing lagi sekali. Hari ni hari jadi emak yun! Tapi yun tak wish pun lagi.hehe. Ingat nak seleb tadi tapi tup tup balik kerja parent ambik lak. So rancangan tunda esok. Tapi si adik adik dah kecoh bila nak beli kek. huh! tak suprise dah. Tukar plan. =_='

Yun nak seleb sekali dengan Hari Abah ! yeah!. Yun sayang giler kat emak macam mana yun sayang kekasih hati yun iaitu my abah. :) Emak pun kekasih hati yun !


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN EMAK..! 


notajari : Tajuk entri tiada kena mengena.haha. :P

Jun 19, 2011

Sayang Dia Rapat Rapat

heeyoo..lalalala..jom dance ikut rentak lalalala..

Hari ni yun rasa hepi sesangat n dah berkali kali yun pikir nak buat entri ni. Mungkin entri ni tak membawa maksud yang mendalam diri korang tapi hati ni tacing tau. Aku nak bagitau angpa semua yang aku sayang gila sayang ketat ketat kat dia.

Keistimewaan dia :


Pembersih
Tak merokok
Rajin gila
Pandai masak
Pemurah 
Manjakan aku
Penyabar 


Nak tau siapa? Kalau takmau tau pun aku nak gitau jugak ! ABAH haku tuh. Even aku selalu kena marah tapi tu sermua salah aku. Tapi yang paling aku bangga sekali dengan abah aku tentang semua kehebatan dan kebaikan dia. Syukur tuhan aku dilahirkan daripada benih dia n mak haku. :)

Even umur haku dah mencecah 20-an tapi haku rasa macam  udak bawah umor lagi. Haiip. Jangan nak kutok haku. Tau la haku kecek. kahkah. Haku ingat la first time haku start keje part time abah haku pergi tengok haku kat tempat kerja. Kalau haku nak naek bas sanggup tunggu sampai bas datang even dia dah lambat pergi kerja. N kalau nak cerita memang banyak lah lagi. Kang haku termalu sendiri pulak.

Tapi yang pasti abah haku tak manjakan haku n adek adek haku ngan harta benda. Memang dia mampu nak bagi tapi jangan harap. Beliau sangat tegas n akan suruh kami berusaha dengan sendiri. So sempena Hari Bapa ni haku ingat nak seleb sekali dengan birthday mak haku yang jatuh pada 20hb Jun. Yeah ! :D

N haku nak cari calon pasangan hidup yang ada ciri ciri macam abah haku. Kalau tak banyak sikit pun jadik la. Kalau jumpak haku sendiri yang pergi masuk meminang jejaka tersebut. Kahkahkah.

SELAMAT HARI ABAH..ABAH !

YUN SAYANG ABAH !

Jun 18, 2011

Kempen Jom Tutup Aurat :: mata adam hawa saling nakal ::

assalamualaikum.
jom tutup apa yang patut !

entri kali ni yun nak berbicara sesopan mungkin. eh bukan sebelum ni entri yun tak sopan mungkin kurang keayuan je.sigh. apa pun trimas kepada chiwi kerana telah mengetag yun. :D dan kepada rakan mr.Ano, saya akan sama sama jayakan kempen ini.

Hawa, Gades, Wanita, Perempuan, Anak dara, Janda.

Macam yang kita sedia tahu, la ni dah banyak  sangat pesen pesen untuk bergaya. kalau sapa yang pandai gayakan memang la lawa, cun n mantop gitu. rase nak tiru jek dowang pakai macam tu. tapi masih kurang berminat lagi. konteks menurtup aurat ni banyak. bukan sekadar kita bertudung n berbaju labuh sudah memadai. Belum. sebab apa? mungkin kita tak sedar pakaian kita terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh n mungkin tudung yang kita pakai sekadar menutup rambut tanpa menutup bentuk dada. kita semua tahu kan mata lelaki sangat nakal. bila mata dia dah start menjalar kat tubuh anda tanpa sedar mungkin dalam kepala hotak dia dah macam macam perkara nakal tertancap.anda suka? mungkin dengan pakaian seksi kita pikir dapat tarik perhatian lelaki. anda berjaya! tapi lelaki akan anggap itu sebagai pencuci mata. rezeki kata mereka. tak caya tanyalah sang arjuna sendiri. 

em0 style

Adam, Jejaka, Lelaki, Arjuna, Anak teruna, Duda.

Mungkin bagi lelaki bab aurat mereka tak terlalu renyah or susah. cuma dari paras pusat hingga ke lutut sudah mencukupi. kalau nak pergi mall tak berbaju pun takda salahnya. wow ! haha. Tapi benda senang pun ada sesetengah yang masih memakai boxer atas lutut. mungkin bagi mereka si gades tak tertarik or pikir apa apa. SALAH. Ehem ehem, yun nak bagitau satu rahsia kat kaum adam ni. ada sesetengah mungkin seciput dari kaum hawa berimaginasi tinggi seperti anda. mungkin imaginasi mereka tak terlalu jauh tapi itu sudah cukup membuatkan mereka tersenyum sendiri. hah..pikir sendiri beb.

o0ops !



notajari : diri ni masih perlukan bimbingan..

Cinta Bukan Candy

kau kata kau sayang
tapi kenapa kau menghilang
kau kata kau cinta
tapi kenapa kau berdusta
kau kata kau setia
dan kenapa kau mendua
kau kata kau ikhlas 
     tapi kenapa kau membalas          


love is about our heart

Kenapa ada sesetengah makhluk yang sanggup tinggalkan seseorang demi yang lain. mungkin kah dia tak di beri sepenuh kasih sayang dan perhatian? andai betul dia bersedia dan sanggup beri komitmen kenapa perlu tinggalkan seseorang demi sesuatu yang belum pasti.

Sayang  : apa maksud perkataan sayang kau bila tetiba kau lesap dan hilang tanpa khabar? kau pikir dengan menghilang macam tu kau buat pasangan kau merindui kau? memang dia rindu tapi kau dah buat hati dia terseksa. kejam. kau tahu kan dia tak sanggup kehilangan kau.

Cinta : C.I.N.T.A..kau ingat cinta ni sejenis cokelat or manesan yang sesuka hati kau nak telan or luah.? kau ingat leplep yang kau luah kat dia tu sekadar lawak jenaka di senja hari. sekali kau dah luah kau cinta dia maknanya kau dah diberi tanggungjawab lain selain diri kau. kau juga ada tanggungjawab ke atas dia. so, if u belum betul bersedia jangan nak garit gatai pegi cakap kau cinta dia.!

love is not like candy

Setia : hey! setia is not sathia kawan kau k. setia is jalinan ikatan yang kau wujudkan antara kau n dia. memang tak nampak dengan mata kasar macam tali rapia tapi jalinan ni yang menghubungkan korang. kau boleh taknak ngaku belakang dia yang kau ada pape hubungan dengan dia tapi jalinan halus yang kau jalinkan tak akan putus dengan sendiri. sendiri mau ingat beb.!

Ikhlas : tang ni kena tanya sama hati kau sendiri. kenapa n mengapa kau bercinta n pilih dia sebagai pasangan kau. andai kau betul ikhlas kau tak perlu membalas or melayan si dia macam ex kau yang mungkin pernah layan kau teruk tika dulu. hati mau ikhlas baru kau akan bahagia dengan dia. baek buruk kau dan dia sama sama saling melengkapi.


notajari : haku ase nak cincang lumat orang jenis ni.grrrr..

Jun 14, 2011

Tak Sengaja Weh ..!

mood : bercekelaru dengan perasaan hati

Hai semua. pernah tak kau terlambat wish birthday or apa apa ulangtahun perhubungan kau? tapi kau tak berniat pun untuk  lambat wish. bukan sebab terlupa atau sengaja tapi mungkin sebab ada situasi yang kau sendiri tak jangka akan terjadi.

Katakan lah keesokannya adalah birthday pasangan kau. dalam kepala hotak kau dah keluar bermacam plan nak jadi orang yang pertama untuk wish birthday si dia. dengan tak sabar kau tunggu sampai detik 12 malam. kalau boleh kau rasa nak cepatkan masa. kau asyik pandang jam tak lepas lepas. tik tok tik tok n lastly kau tak sedar mata kau makin layu. TERtido.. tokey ulang TERtido. Kau tak sengaja n tak berniat kan? okeh. tokey paham.

Tapi kat side pasangan kau pulak si dia tertunggu tunggu kau jadi orang yang pertama wish birthday kat dia. tunggu punya tunggu kau langsung tak wish. orang yang dia harapkan tak wish sepatah haram pun. kompem dia agak sangat kecewa kan. tapi dia tak cuba bagi kau apa apa hint untuk suruh kau wish kat dia. DIAM. cuma biarkan masa terus berlalu.

Tup- tup kau terjaga dah pagi. kau cepat cepat capai henset kau nak kall untuk wish birthday dia. kau tau kau dah terlambat nak wish. tutt tutt tutt tutt.. hampeh. si dia tak angkat. kau mula gelabah. kau tau si dia akan terasa hati dengan kau. bertubi tubi message maaf kau kirim kat dia. TAPI.. no respon. dia buat kau makin rasa bersalah. ergh! memang kau rasa bersalah. tapi kau TAK sengaja. tokey paham. kau rasa macam kau dah buat dia sedih masa time yang paling hepi untuk dia. =_='


Tetiba kau dapat kall dari si dia n kau terus mintak maaf gegila. kau bagitau perkara sebenar tapi dia cuma cakap

dia : erm..
kau : maaf. saya mintak maaf sesangat
dia: ok. takpe
kau : bla bla bla bla bla
dia : ok. kecewa.
kau : maaf maaf maaf
dia : k lah. bai.

Pergh..kau terdiam tak tau nak buat apa dah. si dia pulak terus bawak rajuk dia bersama. sampai lah habes hari tersebut dia langsung tak kontek kau. Dah lah sepanjang perhubungan kau tak pernah sekalipun kau seleb dengan dia sebabnya jarak kau dan dia sangat jauh. bila jadi macam ni kau lagi keciwa kan..

macam macam perasaan ada dalam hati kau n kau rasa macam...



notajari : aku paham situasi. tersangat paham =_='

Jun 9, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Jun, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
 Contest bermula pada 22 Jun 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. Ajak minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag mereka di bawah gambar anda.

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? SILA TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)



ini SENYUMAN SAYE. :D






"dengan rasa jujur dan tulusnya ini senyuman saya yang SUPERB CERIA sebabnye saya suke lepak dekat top roof mall n rasa bebas giler. n the most important diz pixcha is taken by photographer ! Gile suke dow. n ramai yang cakap diz pixcha unique. thx dude. btw..aku memang minat mengsnap n disnap pixcha n hope dapat miliki dat camera yg photographer selalu guna. PHOTOGRAPHER IS STYLO DUDE..!"


meh weh kita join contest ni. kepada anda yang bertuah :



Jun 7, 2011

Kau Cintai Hatinya atau...?

salam sayang kawan :)

Kali ni tokey nak kongsi apa yang acap kali berlaku apabila sesebuah perhubungan berpaksikan kebendaan semata. Bagi orang yang pernah alami tokey cuma mampu ucapkan. Lupakan dia atau kau terus tersiksa. Dan bagi yang belum pernah alami, tokey nasihatkan jangan kau sesekali mempermainkan hati si dia dengan kemewahan yang tak ke mana. 

Dunia dunia
kawan : yun, betulke orang berada kena kapel dengan orang yang setaraf dengan dia je?
aku : tak semestinya. orang yang memilih darjat ni sangat berlagak.
kawan : aku dah kena tadi, dia cakap macam tu.
aku: so kau nak berkawan dengan dia lagi? kalau kau sanggup makan hati silakan.
kawan : dia dah nak kawen minggu depan
aku : dia tinggalkan kau sebab dia pilih harta n then kau masih terkenangkan dia?
kawan : aku tak kuat
aku : kau harus kuat !

So, kau dah tau dia sanggup cakap macam tu dah menunjukkan yang dia cintai duit dan darjat kau bukan nya hati kau. Andai kata kau berjodohan dengan dia dan tup tup suatu hari nanti kau jatuh miskin ataupun kau hidup tak semewah dulu. Kau agak dia biasa hidup dalam kesusahan yang sedikit sedangkan dia sudah terbiasa hidup dalam kemewahan harta?

Bukan tokey sengaja nak takutkan kau. Bukan. Tapi ni hakikat yang pernah terjadi. Sangat hampir dengan diri tokey. Walaupun bukan terjadi pada diri sendiri tapi hakikat ni terjadi pada kenalan tokey. YA. Dulu dia hidup sangat mewah. Pakaiannya yang berjenama saja. Makannya? kompem kompem yang mahal. Keretanya? Yang mewah sudah pasti. Dan kau sebut negara mana yang dia tak pernah jejaki.

Tapi ditakdirkan sesuatu berlaku dalam hidup dia. Kemewahan hilang sekelip mata. Cuma ada motor buruk yang setia menemaninya. Dengan bersusah payah dia mulakan hidup dari bawah. Mujur dia sangat tabah. Dan mujur juga kemewahan hidupnya yang dahulu tak membuatkan dia lupa dan bongkak jiwa. Itu satu teladan yang baek.Tapi bagi kau yang dapat pasangan yang tidak sekuat itu. Bagaimana?

Jangan jadikan hubungan kau seperi bayang
Kau sudah pasti boleh memikir mana yang baik untuk diri kau.Jangan sampai segala kenangan indah kau menutup segala kebahagiaan kau di hari mendatang. Hidup ini belum pasti akhirnya.

Jun 6, 2011

Kuasa CINTA

Hai awex cun n jejaka jambu. :)

Okey. Kali ni tokey nak cerita pasal Kuasa Cinta atau nak gah lagi The power of LOVE. Wah ! bunyik macam best giler. So apa yang kau tahu pasal CINTA ? Kau rasa cinta tuh cuma nak comolot saja atau berlep-lep atau kau cuma nak lepaskan rasa sunyi kau. Herm..tak pun kau terikut dengan orang lain atau kau nak test market value kau.? Hanya kau yang tau kenapa kau bercinta kan.

credit : kenapa kau bercinta.
Okey. Tokey akui kuasa cinta ni bawak pengaruh yang besar dalam kehidupan kau. Baek kau angguk. Sungguh. Kuasa cinta sekaligus dapat membeningkan keruh di hati, pahit menjadi manis dan derita jiwa berubah rasa nikmat. Memang Cinta itu tak dapat di sentuh secara zahirnya namun getaran dan gelodak jiwa dapat merasai kemanisan Cinta. Dasyat kan Kuasa Cinta !  

ehem. ::mood sereyes::

Tapi kau dan aku juga seharusnya tahu tentang skala Cinta yang sebenar. KITA harus meletakkan Kuasa Cinta mengikut tahap prioritinya. Kau mengerti apa yang dimaksudkan.? Kita harus tahu tentang pengurusan cinta. Eh kau jangan buat muka pelik. Ingat course yang kau belajar je ada pengurusan.

Ya. Kuasa Cinta yang tertinggi selayaknya untuk Yang Maha Pencipta, diikuti seorang manusia  yang TERamat Mulia, Rasul Kita. Jadi Kuasa Cinta yang disemai didalam diri kita seharusnya dapat memupuk untuk mencintai dan menuju ke Maha Esa. Barulah kita akan menemui cinta abadi. Dan kau juga aku tak akan mencintai manusia melebihi yang selayakNya.

'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

credit : Cinta indah andai difahami
Kau tahu kan faktor bagi Kuasa Cinta. KOMUNIKASI dan INTERAKSI. Bila ada komunikasi baru ada tindak balas atau interaksi kan. Ya. Macam mana kau selalu berbicara dengan pasangan kau. Lebih kerap lebih mesra n at last mula terbitnya perasaan Cinta. Tapi kau jangan nak terlebih mesra. Ingat kau dan dia masih ada batasnya. Jangan kau coba aaa. Kau kongsi segala cerita kau dengan si dia tapi kau jangan lupa DIA lebih tahu segalanya. Kau boleh serahkan seluruh jiwa dan raga kau kepada DIA tanpa ragu tapi kau tak akan pernah boleh untuk serahkan segalanya kepada si dia bila masih ada batas penghalang.

Kau dan aku masih diberikan akal untuk memahami apa sebenarnya Kuasa Cinta. Apabila konsep Cinta itu sendiri difahami maka kau dan juga aku seharusnya lebih muda untuk mengabdikan segala rasa cinta kepada yang berhak memilikiNya. Komunikasilah dengan DIA apa yang kau lihat, dengar, fikir dan apa yang kau buat.

"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Jun 3, 2011

YA ! Saya mengaku.

hai jejaka maskulin n gades feminin.


ouh. tokeyblog nak buat satu pengakuan :



"SAYA BENAR DAN BETUL CEMBURU TENGOK BLOG KAMU YANG SANGAT CANTIK DAN MENARIK"  





pehliz..ajarin saya teman teman =_='



Kekasih Setia

Salam Jumaat sayang's'

Bukan mood gatal sedang attack tokeyblog. Cuma tika ini baru betul- betul mengerti kasih suci dan cinta tulus sang pencinta. ewahh. Ayat mau lentok pulak. okie. Im seyes.

Kadang tokey terpikir adakah tokey akan dapat Kekasih Setia. Bukan tokey tak bersyukur dengan kehadiran si dia. Alhamdulillah. Sangat bersyukur. :) Terima kasih Tuhan.

Biasalah manusia tak pernah rasa puas dengan apa yang dimiliki. Tokey juga akui adakala tokey rasa begitu. =_=' Cuma nak selitkan antara perbualan mereka yang mungkin boleh membuatkan kita berpikir tentang kemahuan nafsu gelodak jiwa remaja.

kawan : hai..belek baju nak beli dekat 'abang' ke?
dia : eh. aku mana ada 'abang' lah. aku anak tunggal. *pura-pura tak mengerti
kawan : ceh. konon.
dia : *tersenyum simpul
kawan : eh kau ada sesape nak kenalkan dekat aku tak?
dia : hai, aku tengok text tak lepas tak kan takde kot.
kawan : aku baru single. carilah weh.
dia : ok. tapi kau kena carikan untuk aku jugak     
kawan : bukan kau dah ada ke?
dia : ala. tak salah kan? bosan lah.
kawan : gatal ah. cukup la sorang.
dia : aku nak yang hot hot nye. baru bangga jalan sekali
kawan : kau ke aku yang single ni.
dia : haha. aku pernah jalan dengan yang howt kot. tapi tak bez lah.
kawan : memang la. banyak makan hati. 
dia : erm.   

Tengok. kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Mujur lah si dia masih sayangkan kita. Tapi. Kita ?
Mula menggatal bulu nak cari yang laen. ah kau. andai kata si dia tinggalkan kita. baru nak terpekik terlolong.

Memang susah cari Kekasih Setia. Macam setianya Adam dan Hawa. Tapi mungkin Kekasih Setia akan  kita temui untuk menjadi imam kita suatu hari nanti ataupun menjadi suri hidup diri kita..awesome weh !! 
YA. Kelak si dia yang akan menjadi Kekasih Setia kita. Susah atau senang. betul betul bersama. Bukan macam pasangan kekasih yang berbuih dan menjuih mulutnya mengikat janji setia. ah. mengarut.

macam yang berlaku pada kenalan tokeyblog.

isteri : mak, abang makin tenat *bertakung air matanya
mak : cepat cepat siap hantar dia ke hospital. ateh dan anjang ikut sekali. yang laen uruskan persiapan majlis kenduri kahwin ni.
isteri : *masih menahan air matanya dari gugur. 

kalau tokey nak ceritakan memang panjang. tokey berada dalam situasi tersebut. Melihatkan setitik pun air mata si isteri yang tidak gugur menunjukkan betapa tabahnya dia. anak anak nya masih kecil. bagaimana si dia uruskan keluarga dan bagaimana pula si dia yang menguruskan si suami yang menghadapi kegagalan buah pinggang. Inilah yang dikatakan Kekasih Setia. 

Tabah.
                   Bersabar dengan dugaan.
                       Tidak mengalah.
                    Berada di sisi saat memerlukan.

Tokey betul betul kagum dengan ketabahan beliau. Itulah kasih abadi. Itulah kekasih setia. Cuma mampu berdoa si dia terus tabah dan si suami diberi kesihatan yang baik.

notajari : berdoa dikurniakan imam yang dapat membimbing diri. *terbayang wajah si dia.