Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jun 6, 2011

Kuasa CINTA

Hai awex cun n jejaka jambu. :)

Okey. Kali ni tokey nak cerita pasal Kuasa Cinta atau nak gah lagi The power of LOVE. Wah ! bunyik macam best giler. So apa yang kau tahu pasal CINTA ? Kau rasa cinta tuh cuma nak comolot saja atau berlep-lep atau kau cuma nak lepaskan rasa sunyi kau. Herm..tak pun kau terikut dengan orang lain atau kau nak test market value kau.? Hanya kau yang tau kenapa kau bercinta kan.

credit : kenapa kau bercinta.
Okey. Tokey akui kuasa cinta ni bawak pengaruh yang besar dalam kehidupan kau. Baek kau angguk. Sungguh. Kuasa cinta sekaligus dapat membeningkan keruh di hati, pahit menjadi manis dan derita jiwa berubah rasa nikmat. Memang Cinta itu tak dapat di sentuh secara zahirnya namun getaran dan gelodak jiwa dapat merasai kemanisan Cinta. Dasyat kan Kuasa Cinta !  

ehem. ::mood sereyes::

Tapi kau dan aku juga seharusnya tahu tentang skala Cinta yang sebenar. KITA harus meletakkan Kuasa Cinta mengikut tahap prioritinya. Kau mengerti apa yang dimaksudkan.? Kita harus tahu tentang pengurusan cinta. Eh kau jangan buat muka pelik. Ingat course yang kau belajar je ada pengurusan.

Ya. Kuasa Cinta yang tertinggi selayaknya untuk Yang Maha Pencipta, diikuti seorang manusia  yang TERamat Mulia, Rasul Kita. Jadi Kuasa Cinta yang disemai didalam diri kita seharusnya dapat memupuk untuk mencintai dan menuju ke Maha Esa. Barulah kita akan menemui cinta abadi. Dan kau juga aku tak akan mencintai manusia melebihi yang selayakNya.

'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

credit : Cinta indah andai difahami
Kau tahu kan faktor bagi Kuasa Cinta. KOMUNIKASI dan INTERAKSI. Bila ada komunikasi baru ada tindak balas atau interaksi kan. Ya. Macam mana kau selalu berbicara dengan pasangan kau. Lebih kerap lebih mesra n at last mula terbitnya perasaan Cinta. Tapi kau jangan nak terlebih mesra. Ingat kau dan dia masih ada batasnya. Jangan kau coba aaa. Kau kongsi segala cerita kau dengan si dia tapi kau jangan lupa DIA lebih tahu segalanya. Kau boleh serahkan seluruh jiwa dan raga kau kepada DIA tanpa ragu tapi kau tak akan pernah boleh untuk serahkan segalanya kepada si dia bila masih ada batas penghalang.

Kau dan aku masih diberikan akal untuk memahami apa sebenarnya Kuasa Cinta. Apabila konsep Cinta itu sendiri difahami maka kau dan juga aku seharusnya lebih muda untuk mengabdikan segala rasa cinta kepada yang berhak memilikiNya. Komunikasilah dengan DIA apa yang kau lihat, dengar, fikir dan apa yang kau buat.

"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)