Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Sep 30, 2011

Aku Jakun Pusing Terengganu

Salam Sejahtera untuk kamu



Hai kawan. Dup dap dup dap nak tulis entri. Ewah. Di umumkan haku tak perlu nak simpan duit haku dekat cyber cafe lagi sebab nyawa haku dah kembali. Errr..i mean my berukben.

Pernah tak ampa rasa macam hidup sorang je dekat tempat baru. Takda sedara, takda kawan rapat n famili pulak jauh. Macam tu la haku rasa sekarang. Tambah tambah pulak bufday haku baru jek lepas. Rasa sunyi sangat. Sedih toksah duk kata lah. Sereyes. 

Entri sebelum ni pun salah satu perkara yang buat haku sedih. Tapi haku rasa Tuhan Maha Adil. DIA tukarkan kesedihan haku dengan nikmat yang haku rasa sekarang. Baideway 30 sept, haku keluar dengan family Pendamba Mawar  aka Bos. O yeah ! Tak kan tak kenal kot. Jejaka yang ramah dengan semua orang dekat Sahabat Blogger.

Nak tahu apa haku rasa. Yes haku tak rasa berseorangan kat sini. Memang malu. Sangat malu. Tapi family bos sangat seporting. Memang baik dow. Diorang temankan haku beli barang barang n bawak haku usha sekitar Terengganu. Aku jakun. Mengaku. Haha. pstt..bos manja kot dengan famili dia. Nak tunjuk bukti takda la pulak kan. Tak snap pitcha pun tadi..adess

Ouh ya. Bila haku bersalam n berpeluk dengan mak bos tadi, haku rasa sadis weh..Teringat mak haku.. Uwaaaa!!!! Nak balik. Kesian Sekian.


notajari : terima kasih daun keladi, saya sumpah malu tadi.

Sep 27, 2011

Kisah Benar : " Kau rasa kan apa yang ku rasa "


Salam Sejahtera untuk kamu J
Entri kali ni haku nak cerita kat ampa real story. Cherita antara lelaki dan perempuan. Bukan cherita cinta. Tapi cherita yang diakhirnya Cuma persoalan yang tak dapat dirungkai. Cherita ni tentang Nurul Qistina Qaisarah Qasih Izzati dengan lelaki bernama Shahidan. Pertemuan yang Cuma di alam maya jadikan mereka rapat. Terlalu rapat. Semua cherita mereka kongsi. Terubat semua rasa luka si gadis setelah kecewa dengan kisah yang lalu. Takdir tuhan mereka berdua bertemu untuk kali pertama. Pertemuan yang Cuma 5jam. Tapi selepas pulang dari bertemu si lelaki mendiamkan diri.
Ini Cuma luahan hati si gadis untuk si jejaka yang dia sayang
*****
Beb.. aku tak tahu kenapa Tuhan takdirkan aku untuk bertemu dengan kau. Sampai sekarang aku masih tercari hikmah terselindung. Beb, kenapa kau diamkan diri kau. Apa ada yang tak kena sepanjang 5 jam tu. Aku tak sesopan gades lain, aku hanya jadi diri aku kat depan kau. Hanya kau.
Beb.. memang perkenalan kita sangat singkat. Aku still semat apa yang kau katakan pada aku. Kau berterima kasih atas perkenalan ni. Kau kata tanpa lihat aku dan walau dengar suara aku kau sayangkan aku. Kau kata kau tak kisah dengan perkenalan ni biarpun akan menyebabkan kau hancur. Tapi.. kenapa sekarang kau hancurkan aku.Beb.. aku sayangkan kau. Aku tau kau tahu itu.
Beb.. aku selalu tanya “kau rasa tak apa yang aku rasa” dan selalu rasa kita sama. Tapi kenapa kau siksa rasa aku untuk kali ini. Kau suruh aku jadi orang yang kuat. Aku cuba. Dan aku sedang cuba. Aku cuba jadi kuat di depan mata orang lain tapi hakikatnya kau tahu kan diri aku.
Beb.. setiap malam kau selalu temankan aku tidur walaupun hanya dalam telefon.  Tapi sekarang semua tu dah tertanam jauh. Dan setiap malam jugak aku cuba pejamkan mata aku. Berdoa agar di buka pintu hati kau untuk telefon aku. Tapi..
Beb..kau tahu kan hari ni hari jadi aku. 27 September. Aku ingat lagi kau kata nak jadi orang yang pertama untuk wish kat aku. Aku cuba untuk tak mengharap. Sebab aku tak nak kecewa. Aku nak jadi kuat macam kau kata. tapi sampai sekarang aku tak dengar khabar dari kau. Cuma ucapan maaf dan ucapan hari jadi melalui pesanan ringkas.
Beb.. aku tak putus asa untuk terus hubungi kau. Tapi kenapa kau terus berdiam. Kau biarkan aku tanpa sebarang alasan. Kenapa kau terus on nombor fon yang khas untuk kita berdua berhubung. Apa motif kau. Sedangkan semua kall dan message aku kau biarkan tanpa balas. Apa motif kau! Aku tersiksa. Kau tahu kan tu.
Beb..kau tahu kan aku gades yang sangat ego. Tapi kau juga tahu kan aku dah jatuhkan ego aku ke lantai semata untuk kau. Mesti sekarang kau gelak kan aku kan. Aku tak malu kan beb. Mengharap pada kau yang tak pedulikan aku.
Beb..andai kau terbaca apa yang aku coretkan ni, aku Cuma nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Sangat sayangkan kau. Aku memang gila sebab sayangkan kau. Semua kata kata yang kau tujukan untuk aku selayaknya aku tujukan untuk kau.aku tau aku tak kan dapat rasa benda sama ketika kau masih di sisi aku. Mustahil kan. Untuk kali terakhir aku tanya kau “kau rasa tak apa yang aku rasa”. Aku doakan kau Shahidan. AKU SAYANGKAN KAU. KAU TAK KAN PERNAH TERLUCUT DALAM KISAH HIDUP AKU.Aku nak kau tahu itu.

Salam dari aku,
Budak sengal yang rindukan kau.
*****
Ni lah kisah yang dia nak share dengan ampa. Sampai sekarang dia still tertanya. Persoalan yang tak dapt dirungkai. Ampa pun tau kan rasa tu. Aku doakan yang terbaik untuk keduanya. Bersabarlah wahai hati..

Notajari :  lelaki dan perempuan tak kan pernah boleh jadi kawan rapat kan.?

Sep 24, 2011

Punca Awek Kau Menangis

Salam Sejahtera untuk kamo.


Ehem ehem. Dah lama haku tak kodek kodek belog haku ni. Dan haku pun tak pasti kalau ampa dok tertanya tanya mana haku bertapa. Ouh god, huntungle de internet free kat sini. Kalau tak mati kenan haku tak dapat online.

So tak payah hamek peduli pasal haku sebab kat sini haku nak habaq kat ampa

"kenapa tiba tiba awek ampa menangis tanpa sebab"

Hat lelaki kompem lah terpinga pingu bila tetiba awek ampa macam kena penyakit personality disorder. Tak buat salah tetiba awek sendiri menangis. Bila tanya kenapa tak nak pulak dijawab. Aiseh mengada rasa. So mungkin haku boleh share sikit sebab musabab nye la.

  1. Awek ampa sebenarnya ada plan lain yang dirancang dengan ampa. Konon sepraiz lah tu. Tapi tetiba ampa cakap ada hal. Ok fain.
  2. Awek ampa rasa masa tu dia tak ada sesiapa pun yang boleh bagi sokongan kat dia. Dia betul betul harap ampa. Tup tup ampa nak pergi tempat lain. Fain.
  3. Awek ampa nak dengar ucapan "sayang" ampa. Tunggu punya tunggu. Hampeh. Fain!
  4. Awek ampa nak ampa pandang dia usha segala jerawat or bulu hidung dia tapi ampa pandang tempat lain. Fain fain.
  5. Bila awek ampa kata dia ok then ampa bolayan lagi dia terasa. Sebenarnya dalam hati dia nak sangat ampa pujuk tapi leh wat dek pulak. Fain lah.
  6. Awek ampa mungkin rasa ragu ragu dengan keikhlasan ampa.
So, bila awek ampa menangis pandai pandai la ampa handel. Lagipun dia bukan hawek haku ye dok.


notajari : bila taktau makhluk seketul tu nak hupdet. Kambeng

Sep 18, 2011

Blog Haku Kena Sita

Salam Sejahtera untuk kamo.


Gua nak mintak maap sebab da lama tak hapdet. Lu pe kesah ye dok. Jap jap pehal tetibe nak bergua lu ni. Kambeng. *betulkan posisi duduk bersimpuh. Ni nak habaq mai kat ampa, belog yang haku selalu carutkan ni dah ada Owner kedua. Ewah. Senangla kerja haku lepas ni.

Ce teka ce teka.. Sang arjuna ke sang perawan yang nak mencarut kat sini. Dia ni pun agak poyo dan sengal jugak kalau dekat group Sahabat Blogger.  Haku pun taktau bila makhluk seketul ni nak buat entri pertama dia. Harap ampa jangan nak gatai dok buli dia har.. Dia ada sijil sumo..  Rikishi pun pernah kalah dengan dia tau.





Kepala lutut hotak dia memang banyak idea. Daripada bagi haidea kat haku baik menulis sendiri ye dok. Maafla kalau entri kali ni penggunaan tatabahasa haku boleh dapat full mark. Kang tak pasai pulak makhluk seketul ni kondem haku. Maklumla tak pernah ponteng kelas BM langsung* tipu sangat


Okeh la. Mungkin lepas ni makhluk seketul ni akan banyak take over. Ini arahan ye. Haku ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Eh silap. Nak kutip hutang. Baideway harap ampa enjoy dengan cara penulisan dia ya.

Jumpa lagi :D

Sep 14, 2011

Resume : Permohonan Menjadi Calon Suami

Salam sejahtera untuk semua.


Kali ni haku nak kongsi kat ampa cara nak wat resume bagi permohonan untuk jadi calon suami. Maaf la ye sebab tak sertakan sekali dengan cover letter. 

                                                        ***************************************

AMAT POJED BIN MATLI
Batu 2, Jalan Tanah Lalang,
98769, Tanah Mendap,
Malaysia.

010 76701001
Pojed_rock@yahoo.com

MATLAMAT KERJAYA
Membina hubungan yang diiktiraf dan sah disisi mak bapak serta penyumbang kepada peningkatan produktiviti rakyat.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh               :           Amat Pojed Bin Matli
Tarikh lahir                   :           31 April 1985
No. K/P                        :           850431-00-1001
Warganegara              :           Malaysia

KEMAHIRAN
  • Mempunyai kemahiran memasak yang standing chef wan dan berdisiplin dalam pengurusan rumahtangga.
  • Mampu melaksanakan tugas sebagai suami idaman dan menjadi imam kepada keluarga.
  • Kemahiran mengaplikasikan subjek  sains bab ‘reproduction’

MAKLUMAT PENDIDIKAN
Institusi                           :           Universitas Waklu, Narathiwat.
Bidang Pengajian         :           Production Technology
Kelulusan                       :           Anugerah Dekan (CGPA 3.5)
Tamat                             :           April 2008

Institusi                           :           Sekolah  Menengah Rintis Bestari
Bidang Pengajian         :           Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan                       :           Gred 1
Tamat                             :           November 2003

PENGALAMAN KERJA
Pengurus Pengeluaran dan Eksekutif Kualiti Produksi   – Global (M) Sdn.Bhd. (5years)
Part Time Chef – Hotel RokaVista (2years)




                                                    **************************


Sep 12, 2011

Surat Layang Pilihan : Adek Manes, Kau Bukan Bunga Itu

Salam Sejahtera untuk Kamo

love is more than just a game for two

Setiap hari ada yang manis dan setiap hari ada juga yang masam. Setiap yang....*sambung sendiri 

Dan sekarang tak perlu susah upah spy untuk stalk orang yang ampa minat. Pesbukk kan hado. :D Apa yang dia buat kompem dia hupdate. Even sekarang ni orang kentut pun hapdet kat pesbuk. Gilerr.. So apa kaitan lak kan pesbuk dengan cherita haku. Kamben tol.

Ni ada seorang adek manes hantar surat layang kat haku. Haku nak share dengan ampa. Mungkin ni situasi biasa.


=================================================

Salam. 


Saya ada soklan nak tanya. Sekarang ni saya tak tahu samada saya suka minat atau cinta dekat A. Dia tu kawan sekolah rendah saya. Lepas 8 tahun baru kami berjumpa semula. Saya akui dia kacak orangnya. Tapi tu bukan niat utama saya pabila kami berhubung kembali. 


Perhubungan kami sangat mesra. Dia pernah menyatakan dia sayangkan saya. Dia juga pernah ucapkan kata cinta pada saya. Tapi saya tidak menyambut kata cintanya kerana dalam masa yang sama saya mengenali N terlebih dahulu. Antara A dengan N sangat jauh bezanya. N seorang yang romantik dan manja tapi dia panas baran. A  tidak romantik tapi dia sangat cool.


Saya sangat serasi bila bersama A. Hidup saya ceria. Bila dengan N saya terpaksa berubah watak untuk mengikut rentak dia. Tapi saya tetap sayangkan A. Saya keliru. Baru baru ni saya dapat tahu dari facebuk yang A sudah ada yang punya. Mungkin A putus asa sebab saya tak sambut cintanya. 


Tapi saya sayangkan A dan dalam masa sama saya taknak kehilangan N. Saya betul betul tak boleh lupakan A. Hidup saya dibayangi A.Setiap hari saya tengok wall dan segala gambar A di facebuk untuk hilangkan rindu.  Saya tak pasti dengan perasaan saya. Saya  tetap rasa bersalah dengan N tapi saya makin bosan dengan sikapnya.


insan buntu.


 =========================================
Salam.

Hai insan buntu. Haku pun jadi buntu dengar masalah kau. Maaf. Ni bahasa paling sopan haku. Kahkah.

Ok. Ini sereyes..Wonderpet wonderpet..

Sereyes please!.*betulkan posisi badan, muka berkerut nak solve problem



Adek manesss...Cuba kau tenung gambar atas tu lama lama. Apa yang kau nampak. Ramai bunga kan. Kau nampak kumbang. Kau nampak?. Tak nampak kan. Okei kau jujur. Sejujur cherita kau.

Chill sayang. Mungkin A tak pilih kau bukan sebab kau tak bagus. Tapi kau tak cuba macam minah ni. Tengok dia berdiri dalam bunga yang ramai. kompem la A akan pilih minah tu. Tak kan bunga pulak kan. Kau paham tak apa yang haku carutkan.

Tak paham?

Maksud haku mungkin ada beberapa part yang kau tak menonjol macam gades yang A pilih sekarang. Wait. Haku tak suruh kau tonjolkan apa yang tak patut okeh. Kau paham kan. Kau tak boleh lupakan A kan. Tak pe sayang. Mereka adalah sebahagian dari parut termanes kau.

Baideway kau kata kau kenal N jugak kan. Kau memang hot lah.* Haku sorang pun tak lepas lagi. Dari apa yang kau cherita exceli kau seorang yang manja kan. Even N panas baran kau tetap sayangkan dia. Kau nak dibelai dan dimanja.

Kau nak tau kenapa kau susah nak lupa A. Pada tafsiran haku mungkin kau banyak menjaga hati N sampai hati kau terabai. Jadi bila A datang kau seronok sebab kau boleh tukar jadi transformer yang kool. Tambah pulak A kawan sekolah kau yang hensem *nak no fon dia boleh.haha Tak salah kau nak skodeng segala macam dekat pesbuk dia.

Tapi. Cukuplah. Kau hargailah N yang sanggup terima kau. Kau istimewa pada mata N. Bersyukur sayang.  Jalani hidup kau tanpa bayang A. Kalau takot bayang A jugak kau jalan lah dalam gelap tanpa lampu.

Kau dapat apa yang aku maksudkan. Ibaratnya macam tu lah. Kau lari sejauh mana pun kau tetap tak kan lupakan A. Tak kan kau nak perhambakan kebebasan kau dengan benda yang tak pasti kan. Kamon adek maness.. Kau memang suka dan minat A tapi kau cintakan N.

**********

Ewah.. Nasihat haku kemain padahal haku sorang pun tak melekat lagi. 

Kambeng tol.

Sep 11, 2011

Cemburu Kau Berbaloi ?

 Salam sejahtera untuk kamo J

liebe = love


Kau Bukan Gila Bila Kau GilaCinta -yunz

Kali ni entri haku bukan untuk menangkan sesiapa dan bukan juga untuk kenakan sesiapa. Nampak kan intro pun dah agak sereyes.Dan haku bukan nak bercherita segala isi hati dan rahsia.

Kamon. Kamon.

Cemburu itu harus, perlu atau wajib ada. 

Itu persoalannya.


  cos cinta + cos rindu = 2 cos (jiwa +hati) ≠ cos ( benci - cemburu )
              
                           

Kau nampak equation tu kan.

Kau paham?
Kau mengerti?

Rindu.

Perlu.

Biarkan masa yang tentukan semua. 

Cemburu. Tak perlu.

Kenapa.

Kerana dia cintakan kau. Kau cuma perlu yakini hati kau.

BenciTidak perlu. 

Kenapa.

Hari hari dia cintai kau.

Dia mahukan kau.

Di hati masing masing terukir nama kau dan dia.




notajari : watahel. punya susa nak buh tajuk entri ni

Sep 8, 2011

Gempar ! Puisi Cinta Dari Seorang Ahli Sahabat Blogger Sangat Ohsemm


Salam Sejahtera untuk Kamo J


Erm…erRR.. erm..

Amenda yang haku nak mengkarung karut dalam ni. Ni lah masalah  batin haku bila nak start buat intro. Malas pulak haku nak panjang cherita,so kita seterek to de point je lah.

Based on tajuk entri pun ampa dah tau kan hapa kejadah haku nak blebel. Mat rock kompem orang akan label sebagai orang yang hatinya keras, egois, semangat setinggi everest n yang penting tak layan la jenjiwang.

Bak kata ayat orang romantic “ susah nak tembus pintu hati”

Ececece.

Konon.

Haktuih. Pffff.

Haku kalau dengar sesapa yang cakap tak layan jiwang ni rasa macam nak tergelak pun ada. Seyes depa tipu. Mungkin depa tak nak tunjuk je takot kena gelak dek kengkawan lain.  Kan kan kan.. tak nak ngaku lak. Padahal masuk bilik tutup muka dengan bantal bila sadis. Ceh.

Exceli haku rasa mat rock ni kalau di asah bakatnya kompem lagi jiwang n lagi romantic dari mat bunga. Maklumla dah lama simpan buat pekasam. Kalau tak caya cuba ampa hayati kata kata ni. Dari seorang mat rock yang dah jadi mat bunga tapi masih tak mengaku bunga.


AKU..
ye aku budak yang sayang kat kau..
budak yang rindu sangat kat kau..
AKU..
ye aku budak yang nak temankan kau..
budak yang nak jadikan kau teman dan kau kekasih
AKU..
ye aku budak yang selalu resah gelisah..
budak yang jadi tak tentu arah bila tak dapat dengar suara kau.
AKU..
ye aku yang tertanya
Gila ke aku berperasaan macam ni..
gila ke aku sekarang ni
AKU..
ye aku budak yang rela jadi gila
untuk merasa semua yang aku rasa sekarang
Biar la AKU..
 budak yang gila dalam mencari kunci pintu taman hati kau
Sebab aku sudah dikuasai perasaan sayang dan rindu.
AKU
..ye akulah budak sengal itu.SHAM KRAMAT

Fuhh..panjang tak..ampa penat baca tapi haku lagi penat menaip. Amacam ada bran nak celen kejiwangan mat rock ni.. Haku berani jamin lah siapa yang baca ni kompem hatinya akan tersenyum. Btw budak yang dapat puisi ni memang sangat terharu sampai gila. So,  sesapa yang nak kenal dengan mamat rock ni kena tahan dengan kesengalan dia.  Kahkahkah.


Notajari : jangan marah haku aa sham. Haku dah mintak izin kan :P

Sep 7, 2011

Romantik Tak Kekasih Anda Bila..

Salam sejahtera untuk kamo.


Aku jatuh cinta lagi.


Ewah ewah intro kemain. Exceli tu salah satu lirik lagu la. Sape la nak kat haku yang comel lote ni *wah.puji diri.

Entri kali ni bukan entri jiwang bunga lawang ni. Cuma haku nak tanya pendapat ampa la yang tengah berkasih berpacaran ni. Maklum la haku single*promobebpromo.

Romantic tak pasangan tu kalau :

Gelaran manja
Selalunya orang yang berpacaran akan guna panggilan “hubby” “baby” “sayang” “ayang” n sebagainya lah. Tapi kalau pasangan tu guna gelaran “AKU” “ KAU” “SENGAL” “NGEK” manja tak? Haku rasa unik tuhhh.

Rindu merindu
Sikit sikit nak rindu sikit sikit nak melekat dengan ampa. Kalau pasangan yang ganas tu bila cakap rindu nak gelak nak ejek. Tak pernah sereyes. Kalau kapel lain kompem dah tacink. Nak harapkan pujian apatah lagi.

Helo helo
Setiap masa nak roger ampa. Kat mana, buat apa, da makan ke belum n etc. Mungkin ampa selesa dan tak kurang juga yang rimas.  Ada tak pasangan yang biarkan je kekasih dia buat apa sahaja. Tak payah nak roger. Yang penting pandai jaga diri.

Kelakar
Siapa yang tak mau kalau dapat kekasih yang kelakar dan jadi pak or mak lawak. Tiap saat nak gelak je. Tapi yang jadi masalahnya bila pasangan ampa dah tahap dewa kelakarnya. Bila datang mood jiwang ampa, konon nak la dengar kata kata romantic dia. Tapi lain pulak jadinya. Siap ampa yang jadi bahan. Memang sah siapa yang tak tahan boleh jadi mereng.

Mainkan gitar sambil nyanyi
Hat ni memang la romantic kan. *berangan jap. Kalau pasangan ampa dedikasi lagu  sambil alunkan nada yang jiwang kompem ampa cayaq cair abis. Tapi haku rasa ada la sesetengah pasangan yang bila main gitar boleh pulak stuck  masa tengah feeling. Lupa chord katanya. Demm.   


So, ampa rasa macam mana. Ampa lebih suka perhubungan yang santai macam ni atau suka yang romantic gegiler.?


Notajari : Jelez kawan haku dah bertunang. Sekian.

Sep 5, 2011

Belum Kahwin Nak Cucu Dah !

Salam sejahtera untuk kamu.

Maaf sebab dah lama tak hupdet. Entri kali ni sekadar nak bagi hangat jari ni je. Tapi motif tetap ada.


Ibu mana yang tak sejuk hati kalau tengok anak sendiri. Tambah tambah yang masih fresh dalam berumahtangga. Even letih dan strez dengan kerja, dapat lihat wajah baby yang comel dan tersenyum waktu tidur memang sangat tenang. Ya. Haku teringin nak kawen. Tak tipu. Untunglah bakal suami haku tenang je tengok wajah baby face haku.

Haha.

Bagi parent yang jadi atok dan nenek lagi lah sangat hepi sebabnya keturunan mereka dah membiak. Dan bangga juga anak mereka berjaya melakukannya. Kahkah. Haku yang masih memegang jawatan miss juga tak sabar nak rasa saat tu.

“tak sabar rasanya nak ada cucu”

Macam biasa, expresi muka haku yang seriyes tergambar. Berulang kali haku ulang ayat tu. Masih tiada respons dari kawan haku. Tapi haku tak putus asa. Haku ulang dan ulang.

Dan kemudian..

“kau ni memang ngek kan? Bagi beranak dulu baru kau suruh anak kau kawen!”

Nada geram dia terluah. Dengan expresi wajah sugul haku terus termenung ibarat nak sangat cucu.

“gila aku layan kau” bengang kawan haku bermadah.

Hahahahaha. Dan haku ketawa sepuasnya.

Tengoklah nanti, haku nak suruh cucu panggil haku akak. Baru nampak muda.
Lol.