Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jul 31, 2011

Nasihat Lelaki kepada Wanita

Hai gades. Perbualan di atas adalah benar dan telah ditapis oleh tokey. Take a note girls :) Nak tanya pendapat lelaki jugak :)



“ Jumpak juga kita kan? Susah sangat abang nak ajak adik keluar. Macam macam alasan adik kasi”

“Err.. bukan alasan bang. Banyak assignment n report kena setel”

“Yela tu dik. Ni suka tak dapat jumpak abang? Dari jauh abang sanggup turun sini semata mata nak jumpak adik tau”

“Ouh. Macih. Sori susahkan abang. Yela tu demi saya. Abang kan playboy. Mesti ramai girl yang abang dah jumpak kan? Abang ajak dowang gi book hotel mana”

“Tu memang la. Tapi dowang yang ikut. ajak dowang jalan jalan so kena la bermalam. Lelaki ni senang je dik nak tangkap perempuan, ada duit, ada rupa da setel. Perempuan tu kompem ikut punya

“Tapi tak semua perempuan macam tu. Dah tu book hotel abang goreng minah tu abes abes la eh? Tak baik la. Cian dowang”

“Memang la tak semua tapi kebanyakan perempuan macam tu. Hahaha. Dowang yang bagi. Abang layan je la. Peluang free depan mata.”

“Haih. Asyik salahkan perempuan je. Kalau abang tak ajak takdanya pompuan tu nak kan?dah tu abang kontek lagi tak pompuan yang abang pernah tebuk tu”

“Betul la. Abang tak mulakan. Dowang yang cair lebih. Tak dah. Wat pe nak kontek. Cari orang lain la pulak

“Jahatnya abang. Tak rasa bersalah ke? Nanti bila bila abang nak kawen. Tak kan abang nak terus jadi macam ni”

“Kawen nanti lain cerita. Kalau dah kawen pun tak semua rahsia kita kena kongsi dengan pasangan kita. Ada jugak benda yang perlu disimpan. Kena pikir kesannya jugak.” Adik dengan pakwe adik pernah make love tak?”

“Erm..tak pernah lagi. Tak nak la. Mana boleh. Nanti kawen dah tak rasa nikmat perkahwinan kalau dah pernah make love

“Baguslah. Abang nasihatkan jangan. Lelaki ni kalau dah dapat lepas tu dia akan tinggalkan perempuan tu. Memang la dowang akan kontek tapi tunggu la dua tiga bulan lepas tu, merana la badan. Adik tak caya try la. Lelaki ni nak cari bini nak cari yang fresh. Even sejahat mana pun dowang tapi dowang tetap nak yang terbaik untuk kehidupan sebenar.

“Tengs nasihatkan adik”



Notajari: lu pikior la sendiri. It based on true conversation.

Jul 30, 2011

Ramadhan Datang Syaitan Pergi

Ahlan wa sahlan  ramadhan. Berkumandang ucapan alu aluan daripada Muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Sentiasa berdoa agar dapat diketemukan kembali dengan Ramadhan. Kesabaran menunggu kini muncul di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur.

“Alhamdulillah Ya Allah, Engkau temukan kami lagi dengan Ramadhan, yang padanya ada sesuatu yang didamba kekasihMu.” 


Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : “ Jika bulan Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, sedangkan pintu pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.”-riwayat al-bukhari & muslim.

Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia yang berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Wajah berseri dek gembiranya melakukan ibadah yang digandakan hadiahnya. Ibarat mendapat bonus gaji layaknya. Namun ini hanya berlaku ketika bulan Ramadhan.

Tiba tiba ibadah digandakan.
Tiba tiba bangun qiamullail.
Tiba tiba tahap kesabaran meningkat.
Tiba tiba segala yang lagha semua ditinggalkan.
Tiba tiba melakukan amalan sunat yang banyak.


Okey. Tak mengapa andainya ibadah bulan Ramadhan dilakukan secara mengejut. Tak mengapa andai malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula bersenang lenang kerana tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.
Namun. Jangan diulangi kejutan yang berupa “tiba tiba” seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadhan.
Tiba tiba makan banyak.
Tiba tiba mendedahkan aurat.
Tiba tiba terlupa di mana Al-Quran.
Tiba tiba meninggalkan amalan sunat yang dikerjakan sepanjang Ramadhan.
Tiba tiba memulakan kembali semua agenda lagha.

So, apakah ini dikatakan perbuatan membalas dendam kerana telah berpuasa hampir sebulan lamanya. Tidak cukupkah peluang sebelas bulan untuk kita. Apakah ibadah sepanjang Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama sebelas bulan berbaki? Pikirkan lah.

Sumber : Solusi
Editor : tokeiblog

Jul 28, 2011

FINAL EPISODE : SQUAD MALAYSIA YANG PROFESIONAL

Holla penyokong Skuad Malaya ! :)

Match tadi kita semua sedia maklum yang Malaysia kalah BERMARUAH dengan pihak lawan Singapura. 1 gol berbalas 1 dengan agregat 6-4. Ramai antara kita kecewa kan. Tapi banyak yang patut kita BANGGAKAN DENGAN SKUAD MALAYSIA.


Kenapa.?

Kalau kita usha betul betul match tadi kita dapatkan bezakan tahap PROFESIONALISM SKUAD MALAYSIA dengan pihak lawan. Pemain MALAYSIA  sering diasak oleh pihak lawan. Namun mereka tetap BANGKIT DENGAN SENDIRI tanpa perlu meraih simpati pengadil. Kalau nak dibandingkan dengan pihak lawan, korang pun tengok kan tadi.

Even masa semakin suntuk pemain MALAYSIA TETAP GAGAH membawa bola DEMI MARUAH NEGARA. Tak macam pihak lawan sengaja melengahkan masa dengan lakonan yang murah sekupang dua. *dowang leh g ujibakat kat rosyam nor. kot kot lepas jadi pelakon. Hamekaw kad kuning sedebik untuk goalkeeper. Marah sungguh kesayangan Malaya, Safee Sali. And masa pertukaran pemain pihak lawan pun sengaja lenggang kangkung dalam padang. Dengan hormatnya pemain Malaysia terpaksa berlari anak menghantar pemain tersebut untuk percepatkan langkah. CiS manja sungguh pihak lawan.



Memang kehebatan dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat tak boleh dicalangi. :) Safee Sali juga pemain yang selalu membawa senyuman untuk Malaysia. S.Kunalan memang hebat macam The flash :) Mahali dan Amirul Hadi boleh jadi pendekar mempertahankan pasukan. Even tanpa Safiq Rahim si pemuda lincah,Malaysia masih gah di padang. Memang bangga habes la dengan seluruh skuad Malaysia. Terima kasih K.Rajagobal :)

Apepun..



WELL DONE SQUAD MALAYSIA. MALAYSIAN PROUD TO HAVE YOU !

Jul 25, 2011

Formula : xx + xx = LESBIAN

Holla gades sekalian J


Lesbian. Tak perlu diterangkan lagi sebab semua dah tahu. Semua da baligh kan. Pasangan lesbo ni susah kita nak detect sebabnya  bila kita tengok perempuan tu berpegangan tangan or bercium pipi antara mereka adalah perkara biasa. Kita anggap benda tu normal. Tapi kalau lelaki lain pulak. Pegang tangan je mula nak cakap gay.
chromosom tentukan jantina :)

Pasangan lesbian ni kita tak boleh nak agak. Muka awek tu cun gila tapi tup tup partner dengan kaum sejenis. Alah melepas. N partner dorang selalunya akan lebih berpewatakan n dressing macam lelaki. Ala ala tomboy gittew. So lagak tak ubah macam lelaki dan perempuan. Tapi tak semua tomboy is les okeh.

Lesbo ni kalau tinggal serumah n sebilik pun orang tak amik port punya. Tambah kalau dowang pandai kaver depan orang ramai. Kalau dah sekali dalam bilik tu jangan cakap la. Comolot, copipi, cotek pun kompem ada punya. Aksi stunt terpanas. Naked maybe.

korang boleh ?
Gelaran. Sorang si ‘abang’ n sorang lagi ‘ayang’ . tapi selalunya si ‘abang’ dorang lagi selesa panggil ‘sayang’, ‘b’ n something yang manja lah. Biasalah kalau perempuan panggil kawan perempuannya sayang pun orang lain anggap normal. So memang sangat susah nak detect lah.

Kalau dorang berdating pulak tak macam pasangan normal lain. Pasangan normal nak peluk depan orang ramai memang tak malu lah. Hatni rilek je. Siap boleh snap pitcha depan orang lagi. Normal. Tempat date selalunya pilih kedai makan, shopping complex. Simple.

haku ta pasti jantinanya =.='

Kenapa dorang pilih yang sejenis. Tahu je lah kan perempuan sifatnya bagaimana. Perempuan ni hati selembut softlan. Dorang lebih memahami kalau nak share something. Lebih caring n loving. Mungkin dorang pikir kalau kapel dengan lelaki sangat leceh. Mungkinlah.  Dorang pun ada rasa jelez. Dorang akan jelez bila partner dorang rapat dengan lelaki lain. Tapi dorang tak akan rasa jelez kalo partner dorang rapat dengan perempuan. Kenapa? Mungkin dorang takot pasangan dorang akan beralih arah kat lelaki tu.

So, jangan pulak lepas ni korang nampak gurl tu jalan pegang tangan korang kata les. Hadess.. naya je tokei yang wat entri ni kena belasah nanti.

Jul 23, 2011

Music on Saturday [1]



Untuk fan SS501 macam haku! *even lagu lame layan kot

Jul 21, 2011

Spontaneous Thursday #1



NOBODY WANTS TO BE THE LAST ONE THERE AND EVERYONE WANT TO FEEL LIKE SOMEONE CARES, SOMEONE TO LOVE WITH MY LIFE IN THEIR HAND..


THERE'S GOTTA BE SOMEBODY FOR ME LIKE THAT...


-nickelback-


notajari : harap sebegitu..only one.

Jul 20, 2011

BACAAN 18++ SAHAJA

AMARAN : GAMBAR DIBAWAH MUNGKIN MENGGANGU PEMIKIRAN DAN EMOSI PEMBACA. JANGAN TERUSKAN JIKA ANDA BIMBANG TENTANG KEMALUAN JANTINA ANDA.











Maaf. Entri kali ini cuma gambaran untuk kita teliti baik dan buruknya.

Ihsan : DR.GOOGLE.

Jul 16, 2011

Sentap bila dah kena !

“kenapa aku tak cantik/kacak macam dia”
“kenapa aku tak jumpak lagi orang yang sesuai jadi teman hidup”
“kenapa aku tak dapat jawatan macam dia”

Terlalu banyak persoalan untuk setiap peta hidup diri kita kan? Kenapa dan mengapa. Dan kita sering salahkan si Dia untuk kekecewaan sekelumit kuman. Tapi kita tak pernah terfikir sebab mengapa impian dan harapan yang diimpi tak ditunaikan.

               “ada hikmah nye aku tak dapat”

Okay. Siapa yang tak pernah guna ayat ni untuk sedapkan hati. Semua orang jadikan ayat ni tagline bila hadapi kekecewaan. Tapi pernah tak kita dalami maksud di sebalik ayat ni. Jarang bukan. Kita tak fikir jauh.

               “kalau aku dapat peluang tu mungkin aku tak berjaya/sedih/susah kot”

Ayat ni pulak untuk tambah perasa dalam sedapkan hati sendiri. Betul kan? Allah tak tunaikan hajat kita bukan sebab Dia tak sayang kita. Dia nak kita dekatkan diri lebih rapat, lebih kerap dan luangkan masa lebih untuk Dia. Mungkin selama ni kita banyak cari Dia masa kita susah dan lupakan Dia masa tengah gembira. Tapi Dia tetap setia bersama kita.

Allah tak tunaikan hajat n doa secepatnya kerana mungkin sinar kebaikan masih malu malu untuk kita. Pernah juga tak kita terfikir, mungkin banyak khilaf dan dosa yang kita lakukan kepadaNya. Kita alpa. Tapi Dia tak pernah berdendam dengan cara tak kabulkan hajat kita. Dia sedarkan kita secara halus. Naluri dan jiwa bersatu untuk muhasabah segala titik noda hitam yang pernah kita buat.


So, kalau ada antara kita yang tengah keciwa dan sadis macam yang tokey alami hari ni, ikhlaskan hati untuk terima kenyataan. Ikhlas bukan pada kata saja tapi hati dan jiwa seiring menerima segalanya. Andai tulus kita ikhlaskan diri, nikmat kebahagiaan dapat di rasai mengalir dalam setiap nafas walaupun terpalit sekelumit duka di situ.

ALLAH akan menjawab doa kamu dengan tiga cara iaitu:
1. YA - DIA berikan apa yg kamu minta.
2. TIDAK - DIA berikan yg lebih baik.
3. TUNGGU - DIA akan berikan yg TERBAIK.
walaupun apa yang kita inginkan selama ini tidak dimakbulkan,mungkin ada yang lebih baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita,insyaALLAH..;-)

Nikmat Asmara si dia

Mmmuahx! erk..oops..tetibe..


Hari ni tokey nak layan jiwa senti tak berapa mental. Jiwa yang dibuai asmara. Exceli kena folo schedule. Asmara. Tokey tau kebanyakan orang tengah bercanda asmara. I mean bercinta. But asmara ni yang membuatkan banyak pasangan tewas sehingga bermadu kasih diranjang. Masing masing nak buktikan kehebatan dan kekuatan cinta. Banyak round tanpa perlu pengadil. Asmara tak kan hanyut andai masing masing pertahankan teruna n dara. Asmara yang macam nilah yang buat cinta tak kekal lama. Hancur. Jammed kat tengah jalan.

Andai asmara di sulam dengan cinta yang betul kudus, si teruna tak kan ajak si dara peluk n comolot or suruh si dara tayang lurah gunung dan alur bontot. Si dara pula tak kan pakai baju sarung nangka semata nak folo arahan si ‘suami’ tercinta. Konon seksi untuk yang tersayang padahal tak sedar pakaian dia boleh gugat kejantanan lelaki lain. Lenggok punggung n dada yang tersembul bangga di tayang. Jejaka lain mula naik setim.

Asmara yang disemai tak perlu nak disiram dengan benih sang jejaka. Buah yang terhasil di gendong ke hulu hilir kalau yang masih punya hati. Tapi yang tetiba ‘ter’malu dengan hasil semaian mula nak racun dengan gugur sana sini. Bila hasil mula dituai bukan nak dijaga tapi di sepah sana sini. Langsung tak punya naluri keibuan. Buat pandai. Jaga tak reti. Manusia.

Nikmat asmara memang indah bagi yang pasangan yang halal ditambah dengan persediaan ilmu yang matang. Nikmat sementara cuma indah bagi pasangan yang bercinta ikut emosi dan rasa gelodak nafsu. Untuk mencintai, hidup bersama masih belum mencukupi. Terima segala perbezaan cara dan jiwa. Dengan itu asmara cinta dapat diagungkan kerana “marriage is loving together and not just living together”.

Jul 11, 2011

Gara-gara nak nampak BESAR.

Jejaka gagah sekalian. Tokey tahu yang tokey tak berapa arif dalam hal ni. Tapi apa yang tokey faham setiap lelaki nakkan aset mereka HEBAT. ! so macam macam cara yang kaum ni buat sampai menimbulkan masalah bagi diri sendiri.. N penyakit ni dikenali sebagai PARAFINOMA.
APAKAH parafinoma? Ia adalah kecacatan fizikal yang berlaku pada batang zakar akibat suntikan benda asing bertujuan untuk membesarkan batang zakar. Ada pelbagai benda asing yang digunakan untuk tujuan ini. 

Bahan yang sering digunakan ialah minyak paraffin, minyak castor, vaseline dan silikon. Apa yang memeranjatkan, suntikan ini diberi oleh individu bukan pengamal perubatan tetapi mereka yang tidak mempunyai kelayakan melakukan prosedur suntikan ini. 

Suntikan diberikan di rumah kedai dan taman perumahan. Ramai juga yang mendapatkan suntikan ini di negara jiran. 
Suntikan ini diberi di bawah kulit dan diberi di beberapa tempat di keliling batang zakar. Memang pada mulanya, batang zakar akan kelihatan besar dari segi diameter walaupun semasa ketiadaan ereksi. Ini adalah disebabkan pengumpulan dan serapan cecair di bawah kulit dan akibat dari reaksi inflamasi yang berlaku. 

Masalah akan mula terjadi selepas dua atau tiga bulan selepas suntikan. Apa yang tejadi ialah akan berlaku pembentukan tisu parut dan tisu inflamasi kronik yang dikenali sebagai granuloma akibat dari reaksi badan terhadap benda asing itu. 

Tisu granuloma ini keras dan berketul-ketul. Akibat dari pengaruh graviti, kebanyakkan dari tisu ini mula berkumpul di bahagian permukaan bawah batang zakar. Batang zakar akan mula kelihatan bengkok, kulit mula mengeras dan menebal. Bonjolan-bonjolan akan mula timbul di bawah kulit. 

Suntikan yang diberi pada kawasan berdekatan dengan kepala zakar akan mengakibatkan timbulnya bonjolan kulit yang boleh menutup hampir keseluruhan kepala zakar. Kepala zakar seolah-olah tenggelam dalam bonjolan ini. 

Masalah penyempitan urethra atau urethral sticture akan berlaku. Pesakit akan merasakan aliran kencing menjadi perlahan dan halus serta proses membuang air kecil akan menjadi sukar dan menyakitkan. Masalah ini hanya boleh dipulihkan dengan pembedahan saja. Ada juga pesakit di mana penyempitan saluran urethra yang panjang berlaku dan pembedahan rumit yang memerlukan penggantian saluran urethra perlu dilakukan. 

Untuk tujuan penggantian ini, tisu dari bahagian dalam mulut perlu diambil. Suntikan yang diberi pada bahagian pangkal zakar menyebabkan cecair yang digunakan mengalir turun ke bahagian kerandut zakar. 

Ini akan menyebabkan terjadinya bengkak dalam kerandut zakar. Ini akan menyebabkan seseorang tidak merasa selesa memakai seluar dalam. Pernah terjadi kes di mana berlaku infeksi yang serius pada batang zakar dan batang zakar perlu dipotong. Kebanyakannya datang akibat masalah sakit semasa ereksi. Ada juga yang tidak mempunyai ereksi langsung kerana kulit batang zakar sudah menjadi keras dan tidak boleh menegang lagi. 

Ini juga disebabkan keadaan batang zakar yang sudah tidak lagi mempunyai rupa batang zakar. Ada juga antara pasangan mereka ini yang tidak mahu lagi melakukan hubungan seks disebabkan bentuk batang zakar ini. Rawatan untuk masalah ini adalah secara pembedahan. 

Kulit dan tisu granuloma perlu dibuang. Ada juga pesakit yang keseluruhan kulit dan tisu batang zakar perlu dibuang. Kulit gantian akan diambil selalunya di bahagian paha dan juga kadang kala dari kulit yang menutupi kerandut zakar. 

Pembedahan ini adalah rumit dan memerlukan bantuan dari pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif. Secara keseluruhannya, hasil pembedahan adalah baik dan memuaskan pada pesakit. 

Kesan sampingan yang sering terjadi selepas pembedahan adalah disfungsi erektil (ED)yang boleh dirawat dengan mengunakan ubatan PDE5 inhibitor. Ada juga pesakit yang mengadu kulit baru yang membaluti batang zakar kurang sensitif dan mempengaruhi kenikmatan semasa melakukan hubungan seks. 

Secara ringkasnya, parafinoma adalah penyakit yang mula meningkat bilangannya akibat dari keghairahan kaum lelaki yang ingin mendapatkan batang zakar bersaiz besar dan dengan cara mudah. Namun, ini akan memberi pelbagai masalah jangka masa panjang di mana ramai lelaki menderita dari segi fizikal dan emosi manakala rawatannya adalah sukar. 





SUMBER

Ketiak Dia Berpeluh !

Eh Eh..

Tetiba jep tokey ni. Okey kali ni tokey nak bagi info tentang KETIAK. Euewww.. Takda topik lain ke? Memang takda. Kenapa tokey wat entri ni? Sebab ketiak tokey berpeluh ke? Ceh. Mulut..Sedap jek. Siapa kat sini ketiak tak pernah berpeluh? Ecececce..Geleng kepala pulak.

Cuba korang pikir, kalau ketiak berpeluh mula lah orang lain pandang semacam. Kata yang empunya badan tak pandai jaga kebersihan. Habis tu kalau badan berpeluh tak cakap macam tu pulak. Aiseh. Even you pakai deoderan pun belum tentu peluh tak akan keluar. Tak pasal baju kat bahagian ketiak jadik warna kuning.
Bantal busuk beliau.

Okeh. Malu kan kalau ketiak kita berpeluh. Diri sendiri tak selesa. Tambah kalau ada aroma bak lavender yang boleh buat orang lain bernafas guna telinga. Pergh.. Tak tahan. So macam macam cara nak buat semata nak hilangkan peluh.

Ada yang cukur licin hutan dekat ketiak tu. Tak berkesan jugak
Tonyoh dengan limau kasturi. effect kejap je.
Gosok guna tawaslah. baek guna bata.kahkah 
Hampas tea yang dah guna gosok kat celah ketiak. Adess.
Tonyoh ketiak kat kepala lutut. try wat waktu korang berak.haha


Puncanya :


  1. Ketiak mempunyai kelenjar peluh Apocrine seperti sebum (organik) dan bahan berlemak untuk peluh dirembeskan. Bau yang dihasilkan disebabkan oleh bakteria yang attack protin dalam peluh.
  2. Kalau korang banyak layan kafein dan bawang memang potensi tinggi lah. Ce korang lalu sebelah mamat bangla..pergh. Boleh koma seminit.
  3. Kemungkinan korang mempunyai masalah peluh berlebihan ( Hyperhidrosis )
  4. Korang suka jimat air. I means tak kerap mandi. 
  5. Korang rasa ketiak berpeluh itu style ! haha.

notajari : Ketiak aku pernah berpeluh. ngaku. KORANG?

Jul 10, 2011

Yeah. Buddiez Dah Naek !

Firstly.. Clap your hand for me..yea.. :)

Terima kasih untuk kengkawan yang sudi jengah, mengintip, stalk, lalu blog tokey ni.. Terharu rasa. Macih :) Tokey tak sangka sekarang kengkawan tokey da cecah angka ratus ! Memang la tak sebanyak kengkawan blog korang. Tapi ni buat tokey lagi semangat nak menari dan gerak kan jari ala street dance ni.

Okeh. Untuk kawan tokey yang dapat no bertuah ni..100.. thx a lot babe :)

Thanks untuk sis AreKish sebab jadik ahli club yang ke seratus .. yea ! :)

Nampaknya sis arekish ni memang korean addicted. Semua yang kaitan dengan belog dia semua korea lah. OUH.. Sangat comel jejaka itu.. pstt..tokey minat Lee Min Ho.. :) Sesapa yang suke giler dengan korea boleh la singgah site sis arekish ni..

Thanks again sis :)
Chuke gilew..gewdix jap


notajari : semangat ase nak tulis entri :)

Jul 9, 2011

BERSIH : Kena tempias sekali

Salam 9JULAI.

Entri ini ditaip bukan berbaur politik dan juga bukan bukan pandangan tokey tentang agenda ini. Seperti yang semua sedia maklum, perhimpunan ini diadakan mesti bertujuan untuk kepentingan siapa tokey tak nak tahu. Cuma nak cherita yang tokey turut kena tempias agenda ini.

Pagi tadi tokey dapat satu panggilan. Katanya dari Jabatan ****** maaf tak dapat ditulis. Dia mintak tokey jawab ya atau tidak tapi masalahnya soalan dia tak berkait langsung dengan pilihan jawapan.

Pemanggil : Macam mana dengasn pemerintahan negara kita sekarang?
Aku : Syukur la masih hidup aman.
Pemanggil : Macam mana dengan pemerintahan Menteri Besar Negeri.
Aku : Jap.jap. Ni politik ke hape?
Pemanggil : Kami cuma nak buat kajian dan kami tak sebelahkan mana mana pihak
Aku : Ok. Next. 
Pemanggil : Ada tak apa apa perubahan yang dibawa oleh YB?
Aku : Aiseh. Ni da politik ni. Maaflah. Saya tak berminat lah. Umur pun tak cukup nak mengudi lagi.

See. Tak pasal tokey pun kena sekali. Kang jawab lelebih tak pasal kena pulak. Seyes tokey seriau tengok berita tadi. Yang tokey tau tokey sangat beryukur hidup dalam negara aman. Agak terkilan bila nampak sampah sarap bertaburan merata. Kesian Alam Flora. 


omg. Takut nengok.
Kihkihkih. Digi pun kuning jugak.

notajari : Tak paham lah dengan mainan dunia ni. Sigh.

Jul 5, 2011

Info Menarik Penyakit Latah

Ocop0t. Ewah.

Intro nak latah. O0ps. Sori tokey tak melatah. Cuma nak share info sikit pasal melatah. Yang pasti sangat best bila dapat usik or tengok orang yang melatah. Gelak sampai guling guling. Macam gaya dan perkataan ditunjukkan oleh si pelatah. Mungkin ada kenalan terdekat korang yang melatah kan. So dah paham sendiri tabiat orang melatah ni.

Okeh. Sraight to the point. Latah dalam bahasa omputih is LATAH. Cari la dalam kamus oxford ke besta ke kamus bergerak ke kompem omputih cakap LATAH is LATAH.


  1. Latah is a pattern of neurotic behavior, usually induced by a startle, first discovered in Malaya, and characterized by the compulsive imitation of the actions and words of others.
    Sumber (http://dictionary.reference.com/browse/latah)     
  2. Latah juga di kenali dalam bidang perubatan sebagai "A nervous disorder characterized by an exaggerated physical response to being startled or to unexpected suggestion."
    Sumber (http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/latah) 
  3. Mostly penyakit melatah ni berlaku kat area nusantara. Ce korang tengok kot kot la ada omputih yang melatah. Habaq mai kat tokey sat.
  4. Kebanyakan kita tengok perempuan yang banyak melatah tapi jangan kata lelaki tak melatah. Kadang diorang lagi over u.
  5. Latah dikatakan sebagai penyakit tapi jangan risau latah bukan penyakit yang menjejaskan kesihatan cumanya ia ada kaitan dengan sistem saraf pusat dan psikologi serta sosial.
  6. Ada sesetengah orang cakap melatah boleh menyebabkan lupa dan yang pasti diri sendiri akan terkena badi orang melatah kalau asyik mengusik si pelatah. 


Maaf. Nenek ni melatah.

Jul 4, 2011

Inline Skating.

Epy sEniN kawan :)

Kali ni tokey nak kongsi cerita. Bukan cerita cintan bukan cerita revenge bukan jugak cerita sedih. Cuma nak imbau memori. Asal dengar imbau je terlintas dalam kepala  benda lama or sejarah yang pilu. Bukan..bukan itu kawan kawan sayang.

Pernah tak masa ampa kecik kecik dolu merengek hentak kaki mintak kat parent u ol belikan rollerblade.. Alah, kasut yang beroda tu. Pemes tu. Jangan dikata bila dah dapat sampai dalam rumah pun ampa nak main. Punya la  excited. Haha. Tokey tak bernasib baik cam ampa. Parent tokey tak beli pun. Kalau nak maen pepagi lagi dah ketuk pintu rumah kawan nak pinjam. =.='

Ada empat kategori skates ni ataupun dikenali sebagai inline skating.

Urban : Skaters dalam kategori ni memang boleh adaptasi dalam pelbagai jenis persekitaran dan mempunyai fleksibiliti n respon yang bagus. Ianya sangat lasak bagi skaters yang suka menjelajah sekitar jalan dengan style dan gaya yang awesome wehh !
Fitness : Bagi skaters yang pentingkan otot yang mantop dan prestasi kesihatan yang tinggi lebih selesa memilih kategori ni. Bersenam dengan gaya yang menyeronokkan tanpa strez
Street : Skaters jalanan memang cool dengan helah dan awesome bila push the limit. Kasut yang direka kompem sesuai untuk optimumkan kuasa bila rollll..
 Kids : Adik adik zaman sekarang lagi beruntung sebab kasut yang direka khas untuk diorang ada ciri low balance frame untuk bagi yakin n fun bila main. Tak perlu risau bila jatuh dik.

Okeh. Nak main pun kena tau step dia. Kalau tak jenuh la ampa tergolek. Tengok orang main memang cam senang. Ce ampa try tengok. Tak mau kot. Even time kecek ampa la paling terar tapi bila dah lama tak main toksah duk kata. Tergolek jugak memula.
style tu.


Make sure kasut fit dengan kaki ampa. Jangan bagi tumit slip n ampa rasa tak selesa. Susah nak roll nanti.
Then stand on carpet or grass. Kenapa? Sebab ampa kena cari n adjust your center of balance. Pastikan ampa ada sesuatu untuk berpaut bila nak mula jatuh. Bila dah stabil ampa kena practice leg and foot dengan ambil beberapa langkah n bergerak secara perlahan lahan. Praktis sampai anda boleh back n forth a few time.

Next take your time. Jangan teruja tengok yang lain roll ampa nak tergedix gedix roll. Even ampa roll dengan slow ampa kena yakin dan mesti ada ketahanan mental yang kuat. Dont get frustated kalau keep falling. Relax n fokus. Kalau dah start selesa boleh move on pavement. 

Then ampa kena try buat experiment with foot strokes. Praktis berpusing, berjalan dan imbang dengan satu skate. Ingat. Selow selow. Kalau ampa jatuh jangan jatuh ke belakang. Sebab ampa takda apa untuk tahan. Kalau jatuh ke depan pastikan pad lutut dapat kawal. Yang penting learn to brake. Kang tak pasai ampa langgar orang lain. Lastly, Practice Everyday yaw :)

Jul 1, 2011

Jangan Pancung Diri Sendiri

Hai Sahabat..

Pepagi lagi tokey bukak blog yang hampir nak bersawang ni. Maaflah tokey sakit sendi sejak menjak ni. macam de  yang usha belog haku jek. Tokey akui kali ni tokey agak sentap. Sentap dengan sikap beberapa makhluk yang pandai bermadah helah untuk tutup kesalahan diri. Dengan gunakan kelemahan yang setiap insan ada makhluk ni pandai pulak nak kaver semcam dia tak bersalah. Ceh. Boley jalan daa...

 Memang dunia belog ni ramai yang kreatif n awesome uhhh. Memang tokey akui blog ni mungkin takda nilai langsung bagi anda anda n anda. uwaaa. Ayat yang tokey buat pun dah wat anda menguap kan. Adess. Maaf, mungkin cara tarian jari tokey kasar n more tu street dance, bak kata, energy level mau high tu. pasan jep. 


Santai jap
Ehem ehem. Maaf tokey terskema jap. Okeh. Lebih santai sekarang. Tak paham lah dengan sikap secebis makhluk yang mengistilahkan orang lain dengan istilah yang agak panas jugak. Hey dia pun manusia macam kau lah. Tak perlu kau nak bajet bagus dengan bandingkan gaya pemikiran kau yang konon howt tu dengan orang lain. Mungkin dia tak sekreatif engkau dalam menyusun bait kata yang macam magnet untuk tarik readers. Tapi pehliss, respek dia sebagai orang juga.

Tu satu hal. Then yang satu hal lagi ada jugak sekelumit makhluk yang menambah cerita jadi lebih howt dan menggelegak. Ceh. Seorang dua kau kata seangkatan. N readers yang datang mula membela nasib engkau yang konon difitnah n di baling dengan grenade. Pandai kau eh. Dan kau katakan kepada "seangkatan" tu, mereka tidak tahu adab. Hey, tak baik tak baik. Sudah terang pakai lampu daa.

Matang. Kau katakan kepada mereka untuk bertindak lebih matang. Umur meningkat n harus matang. Weh ada la penyakit hape tah namanya...Umur da tua tapi berpikiran bebudak. haku nak gitau ada penyakit macamtu Okeh. Kematangan seseorang tak boleh langsung di ukur mengikut umur. Pendapat tokey la. Sebab ape? Kau kata makin meningkat usia makin matang tapi kalau sepuluh tahun je terperuk dalam rumah nak matang hape.
Pengalaman yang ajar kita semua ni jadi matang. So dat y kita di ajar untuk respek semua orang even dia lagi muda tua jahat or baik. Uit, jangan pandang orang sebelah mata.


Hal lain pulak. Kau selalu sembur orang lain dengan kata kata pegangan sebagai seorang ummah. Excuse me,  even tokey tak tinggi ilmu tapi setahu saya, jangan pernah pertikai n persoal pegangan akidah n iman seseorang. Sebab kita tak pernah tahu hal ibadahnya. polite. Ish ish ish. So, jangan wat camni lagi ye. Kita renung diri dulu sebelum sembur dekat orang lain.

Apepun setiap orang ada kebihan dan kelemahan. Jadikan kelebihan yang kita miliki untuk hargai insan lain n kelemahan diri untuk lebih hormatkan mereka.


notajari: Maaf, ni gaya tarian jari haku. Kasar. Tapi hati pelangi tau :)