Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jul 30, 2011

Ramadhan Datang Syaitan Pergi

Ahlan wa sahlan  ramadhan. Berkumandang ucapan alu aluan daripada Muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Sentiasa berdoa agar dapat diketemukan kembali dengan Ramadhan. Kesabaran menunggu kini muncul di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur.

“Alhamdulillah Ya Allah, Engkau temukan kami lagi dengan Ramadhan, yang padanya ada sesuatu yang didamba kekasihMu.” 


Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : “ Jika bulan Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, sedangkan pintu pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.”-riwayat al-bukhari & muslim.

Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia yang berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Wajah berseri dek gembiranya melakukan ibadah yang digandakan hadiahnya. Ibarat mendapat bonus gaji layaknya. Namun ini hanya berlaku ketika bulan Ramadhan.

Tiba tiba ibadah digandakan.
Tiba tiba bangun qiamullail.
Tiba tiba tahap kesabaran meningkat.
Tiba tiba segala yang lagha semua ditinggalkan.
Tiba tiba melakukan amalan sunat yang banyak.


Okey. Tak mengapa andainya ibadah bulan Ramadhan dilakukan secara mengejut. Tak mengapa andai malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula bersenang lenang kerana tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.
Namun. Jangan diulangi kejutan yang berupa “tiba tiba” seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadhan.
Tiba tiba makan banyak.
Tiba tiba mendedahkan aurat.
Tiba tiba terlupa di mana Al-Quran.
Tiba tiba meninggalkan amalan sunat yang dikerjakan sepanjang Ramadhan.
Tiba tiba memulakan kembali semua agenda lagha.

So, apakah ini dikatakan perbuatan membalas dendam kerana telah berpuasa hampir sebulan lamanya. Tidak cukupkah peluang sebelas bulan untuk kita. Apakah ibadah sepanjang Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama sebelas bulan berbaki? Pikirkan lah.

Sumber : Solusi
Editor : tokeiblog

10 komen kam0o:

Pendamba Mawar said...

posa kasi penuh.. hehe
slam ramdhan

yunZ said...

wet raya kasi aaaa

Jamban Comel said...

selamat berpuasa

esok dah stat pose ,jadi ini entri doodle khas untuk bulan pose ,selamat menyambut ramadhan :)
http://jambancomel.blogspot.com/2011/07/doodle-ramadhan-anak-bulan.html

sangkakelubi said...

yang katun tu dia pnya tulisan tak blh kasi kecik lg ke..hahaha..

Ameer said...

Jangan sampai puasa kita retak.....
hehe....
Salam ramadan....

yunZ said...

jamban : pose penuh nak dwit raya eh

naim : amboi anggg..perli naa

amer : salam ramadhan :)

ezza alias said...

salam ramadan. maaf zahir dan batin ya. td ada salah faham sikit. sy manusia biasa. :) harap maafkan.

cik azeya said...

selamat berpuasa. :)

yunZ said...

epy ramadhan :)

saiazuan said...

salam ramadhan :)


special komik untuk bulan puasa, hope ya enjoy it
http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html