Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jul 16, 2011

Nikmat Asmara si dia

Mmmuahx! erk..oops..tetibe..


Hari ni tokey nak layan jiwa senti tak berapa mental. Jiwa yang dibuai asmara. Exceli kena folo schedule. Asmara. Tokey tau kebanyakan orang tengah bercanda asmara. I mean bercinta. But asmara ni yang membuatkan banyak pasangan tewas sehingga bermadu kasih diranjang. Masing masing nak buktikan kehebatan dan kekuatan cinta. Banyak round tanpa perlu pengadil. Asmara tak kan hanyut andai masing masing pertahankan teruna n dara. Asmara yang macam nilah yang buat cinta tak kekal lama. Hancur. Jammed kat tengah jalan.

Andai asmara di sulam dengan cinta yang betul kudus, si teruna tak kan ajak si dara peluk n comolot or suruh si dara tayang lurah gunung dan alur bontot. Si dara pula tak kan pakai baju sarung nangka semata nak folo arahan si ‘suami’ tercinta. Konon seksi untuk yang tersayang padahal tak sedar pakaian dia boleh gugat kejantanan lelaki lain. Lenggok punggung n dada yang tersembul bangga di tayang. Jejaka lain mula naik setim.

Asmara yang disemai tak perlu nak disiram dengan benih sang jejaka. Buah yang terhasil di gendong ke hulu hilir kalau yang masih punya hati. Tapi yang tetiba ‘ter’malu dengan hasil semaian mula nak racun dengan gugur sana sini. Bila hasil mula dituai bukan nak dijaga tapi di sepah sana sini. Langsung tak punya naluri keibuan. Buat pandai. Jaga tak reti. Manusia.

Nikmat asmara memang indah bagi yang pasangan yang halal ditambah dengan persediaan ilmu yang matang. Nikmat sementara cuma indah bagi pasangan yang bercinta ikut emosi dan rasa gelodak nafsu. Untuk mencintai, hidup bersama masih belum mencukupi. Terima segala perbezaan cara dan jiwa. Dengan itu asmara cinta dapat diagungkan kerana “marriage is loving together and not just living together”.

2 komen kam0o:

roq said...

blogger baru ye? hehe

yunZ said...

yup..huhu..ajarin ya senior :)