Since the expressed ideas may challenge your views and may cause you mental harm, you agree that you shall defend, indemnify, and hold harmless the author against any and all demands, expenses, losses, and lawsuits that may arise in association with your visit. Leave now or read at your risk.

Jul 11, 2011

Gara-gara nak nampak BESAR.

Jejaka gagah sekalian. Tokey tahu yang tokey tak berapa arif dalam hal ni. Tapi apa yang tokey faham setiap lelaki nakkan aset mereka HEBAT. ! so macam macam cara yang kaum ni buat sampai menimbulkan masalah bagi diri sendiri.. N penyakit ni dikenali sebagai PARAFINOMA.
APAKAH parafinoma? Ia adalah kecacatan fizikal yang berlaku pada batang zakar akibat suntikan benda asing bertujuan untuk membesarkan batang zakar. Ada pelbagai benda asing yang digunakan untuk tujuan ini. 

Bahan yang sering digunakan ialah minyak paraffin, minyak castor, vaseline dan silikon. Apa yang memeranjatkan, suntikan ini diberi oleh individu bukan pengamal perubatan tetapi mereka yang tidak mempunyai kelayakan melakukan prosedur suntikan ini. 

Suntikan diberikan di rumah kedai dan taman perumahan. Ramai juga yang mendapatkan suntikan ini di negara jiran. 
Suntikan ini diberi di bawah kulit dan diberi di beberapa tempat di keliling batang zakar. Memang pada mulanya, batang zakar akan kelihatan besar dari segi diameter walaupun semasa ketiadaan ereksi. Ini adalah disebabkan pengumpulan dan serapan cecair di bawah kulit dan akibat dari reaksi inflamasi yang berlaku. 

Masalah akan mula terjadi selepas dua atau tiga bulan selepas suntikan. Apa yang tejadi ialah akan berlaku pembentukan tisu parut dan tisu inflamasi kronik yang dikenali sebagai granuloma akibat dari reaksi badan terhadap benda asing itu. 

Tisu granuloma ini keras dan berketul-ketul. Akibat dari pengaruh graviti, kebanyakkan dari tisu ini mula berkumpul di bahagian permukaan bawah batang zakar. Batang zakar akan mula kelihatan bengkok, kulit mula mengeras dan menebal. Bonjolan-bonjolan akan mula timbul di bawah kulit. 

Suntikan yang diberi pada kawasan berdekatan dengan kepala zakar akan mengakibatkan timbulnya bonjolan kulit yang boleh menutup hampir keseluruhan kepala zakar. Kepala zakar seolah-olah tenggelam dalam bonjolan ini. 

Masalah penyempitan urethra atau urethral sticture akan berlaku. Pesakit akan merasakan aliran kencing menjadi perlahan dan halus serta proses membuang air kecil akan menjadi sukar dan menyakitkan. Masalah ini hanya boleh dipulihkan dengan pembedahan saja. Ada juga pesakit di mana penyempitan saluran urethra yang panjang berlaku dan pembedahan rumit yang memerlukan penggantian saluran urethra perlu dilakukan. 

Untuk tujuan penggantian ini, tisu dari bahagian dalam mulut perlu diambil. Suntikan yang diberi pada bahagian pangkal zakar menyebabkan cecair yang digunakan mengalir turun ke bahagian kerandut zakar. 

Ini akan menyebabkan terjadinya bengkak dalam kerandut zakar. Ini akan menyebabkan seseorang tidak merasa selesa memakai seluar dalam. Pernah terjadi kes di mana berlaku infeksi yang serius pada batang zakar dan batang zakar perlu dipotong. Kebanyakannya datang akibat masalah sakit semasa ereksi. Ada juga yang tidak mempunyai ereksi langsung kerana kulit batang zakar sudah menjadi keras dan tidak boleh menegang lagi. 

Ini juga disebabkan keadaan batang zakar yang sudah tidak lagi mempunyai rupa batang zakar. Ada juga antara pasangan mereka ini yang tidak mahu lagi melakukan hubungan seks disebabkan bentuk batang zakar ini. Rawatan untuk masalah ini adalah secara pembedahan. 

Kulit dan tisu granuloma perlu dibuang. Ada juga pesakit yang keseluruhan kulit dan tisu batang zakar perlu dibuang. Kulit gantian akan diambil selalunya di bahagian paha dan juga kadang kala dari kulit yang menutupi kerandut zakar. 

Pembedahan ini adalah rumit dan memerlukan bantuan dari pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif. Secara keseluruhannya, hasil pembedahan adalah baik dan memuaskan pada pesakit. 

Kesan sampingan yang sering terjadi selepas pembedahan adalah disfungsi erektil (ED)yang boleh dirawat dengan mengunakan ubatan PDE5 inhibitor. Ada juga pesakit yang mengadu kulit baru yang membaluti batang zakar kurang sensitif dan mempengaruhi kenikmatan semasa melakukan hubungan seks. 

Secara ringkasnya, parafinoma adalah penyakit yang mula meningkat bilangannya akibat dari keghairahan kaum lelaki yang ingin mendapatkan batang zakar bersaiz besar dan dengan cara mudah. Namun, ini akan memberi pelbagai masalah jangka masa panjang di mana ramai lelaki menderita dari segi fizikal dan emosi manakala rawatannya adalah sukar. 





SUMBER

9 komen kam0o:

Pendamba Mawar said...

hurm apa patut dikomen.. origanal lagi bagus dari barang tiruan

muhamadsufian89 said...

syukur dengan apa yg ada je la kan. :)

Haikal Blank said...

keh3...barang ciplak mana ada kualiti.

pakai ori baru layan. senaman kena ada. HAHA

Anonymous said...

tudia tudia tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......hahahahaahahaha...aku duk cari crita cinta hang..mai skali had ni!! hahahahaha... -zati je-

Hizami Li said...

errr...
ni blog perempuan ek ?
haha.
:B

yunZatie said...

zati :haha..xdak cinta sgt aih

@hizamirahim : yup..ladies sasau..haha

yunZatie said...

kahkahkah..mana da..ak pun baru blajaq..haha